salam kepada semua..
MENURUT KAJIAN YANG DIJALANKAN OLEH MERDEKA CENTRE FOR OPINION RESEARCH RATING SOKONGAN TERHADAP PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MENINGKAT...
APAKAH INI TANDA SOKONGAN RAKYAT TELAH KEMBALI BERALIH KEPADA BARISAN NASIONAL...?
ADAKAH RAKYAT TELAH MEMAAFKAN KESILAPAN BARISAN NASIONAL YANG LALU HASIL DARIPADA KERJA KUAT DATUK SERI NAJIB RAZAK DALAM MELAKUKAN TRANSFORMASI SECARA MENYELURUH DALAM SEKTOR KERAJAAN...
NAJIB RAZAK KINI DI IKTIRAF SEBAGAI BAPA TRANSFORMASI NEGARA....
APAKAH SOKONGAN INI BERSIFAT SEMENTARA ATAU AKAN TERUS BERKEKALAN SEHINGGA PILIHAN RAYA UMUM 13 NANTI...
MUNGKIN KAJIAN INI AKAN MEMBAWA KITA PADA PENGISTIHARAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM YANG KE-13..
Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan ‘mood’ orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.
Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan