Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 30 Mei 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK LAGI;MUNGKINKAH RAKYAT PERLU BERSEDIA UNTUK TIDAK ADA LAGI SUBSIDI..?

salam kepada semua...


Kerajaan telah mula menjalankan pengurangan subsidi...Tampaknya...semakin lama..Subsidi semakin dikurangkan...Mungkin juga kerajaan tidak sanggup lagi menanggung beban yang patut mereka tanggung untuk biayai rakyat sendiri.Namun,Apakah tugas dan tanggungjawab kerajaan...Bukankah subsidi ini merupakan hak dan milik rakyat....

Memang benar jika katakan rakyat tidak patut lagi dimanjakan dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan malaysia.Namun apa yang pasti ,subsidi ini lah yang menjadi tempat bergantung bagi golongan berpendapatan rendah...

Tetapi apa yang pasti...Kerajaan juga tidak mahu subsidi ini disalahgunakan oleh orang yang berkepentingan dan sentiasa mencari keuntungan..Yang menjadi mangsa adalah golongan yang berpendapatan rendah...Subsidi ini tidak mustahil suatu masa nanti akan dihapuskan...dan rakyat perlu menanggung semua subsidi ini.Tetapi harapan Penulis Smart Generation,jika kerajaan menghapuskan subsidi ini suatu masa nanti,Gantilah subsidi ini kepada wang ehsan kepada Golongan yang berpendapatan rendah...supaya kebajikan rakyat akan terus terbela....

berikut adalah berita mengenai perkara ini..:-

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse