Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 16 Mei 2011

ANWAR IBRAHIM DALAM DILEMA...MASIHKAH ADA SINAR DALAM PERJALANAN POLITIK BELIAU..?




salam kepada semua..


ANWAR IBRAHIM....sememangnya satu nama yang tidak pernah sunyi dalam politik tanah air..nama ini akan menjadi sejarah buat tahun-tahun mendatang dalam politik tanah air..Perjalanan yang begitu sukar untuk beliau harungi dalam landskap politik negara ini.Apakah idak ada langsung kebaikan dalam susuk tubuh pemimpin ini..?...Adakah perjuangannya dalam UMNO selama ini tidak pernah menabur khidma dan bakti kepada parti ini.Namun,Peristiwa tahun 1998 merupakan detik yang bermulanya seribu satu macam kisah mengenai ANWAR IBRAHIM ini...Apa sahaja yang pernah beliau lakukan didedahkan satu persatu...Segala perkara yan tidak pernah terlintas dalam fikiran kita ANWAR IBRAHIM akan lakukan telah disebarkan sehinggakan kita yakin dan percaya bahawa sememangnya ANWAR IBRAHIM ini adalah pemimpin yang Hipokrit.
Apakah yang menyebabkan perjalanan hidup ANWAR IBRAHIM ini tidak pernah sunyi sepanjang karier politiknya..Munkinkah jika beliau bersara dari Politik...Semua keaiban dan serangan politik ini tidak akan beliau terima.ANWAR IBRAHIM berjuang semata-mata untuk mengangkat martabat rakyat atau mahu menjadi Perdana Menteri.?..Sememangnya banyak perkara yang telah menyebabkan ANWAR IBRAHIM terus dibenci oleh musuh-musuh politik dan mendapat sokongan daipada penyokong fanatik beliau..Tetapi bila semua ini akan berakhir?..Adakah jawatan PERDANA MENTERI diperlukan untuk memastikan semua ini berakhir ataupun kemenangan PAKATAN RAKYAT..?...Adakah segala serangan peribadi dan politik ini dilakukan oleh musuh politik beliau yang merasa risau jika PAKATAN RAKYAT menang dan ANWAR IBRAHIM menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA..Segala rahsia dan kesalahan mereka akan dibongkar..dan sebelum semua itu terjadi lebih baik peribadi ANWA IBRAHIM ini diserang terlebih dahulu...Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan munkin jua ANWAR IBRAHIM benar-benar bersalah,tetapi kerana karisma yang ada dalam diri beliau,kesemua kesalahan itu seolah-olah tidak pernah berlaku dan terjadi...

Cukuplah ANWAR IBRAHIM di adili dan diaibkan....kerana beliau juga seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan..Beliau juga mempunyai sebuah keluarga....Mengaibkan diri beliau kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia menunjukkan kepada kita betapa kotornya politik di negara kita.Apapun jika ANWAR IBRAHIM benar-benar bersalah hukumlah dengan hukuman yang sewajarnya menurut undang-undan kemanusiaan...Beliau pernah mengalami kesengsaraan di penjara bertahun-tahun...mungkin beliau pernah melakukan kesilapan dan kesalahan ,tetapi adakah balasannya seperti ini..?...Mungkin segala cabaran dan dugaan ini akan menguatkan lagi diri beliau dan menyebabkan beliau terus mendapat sokongan daripada masyarakat.Apapun yang bakal terjadi kepada ANWAR IBRAHIM akan menyebabkan berlakunya satu perubahan dan momentum masyarakat di negara ini...Mungkin jalan terakhir bagi ANWAR IBRAHIM adalah bersara dalam politik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga...Tetapi sudah tentu beliau tidak mahu menjadi seorang yang penecut dan bacul untuk terus berserah dan menyerah...kerana beliau juga mempunyai kekuatan untuk melawan perkara ini....

Mahkamah telah memutuskan bahawa beliau harus membela diri daripada kes liwat 2 yang menunjukkan bahawa beliau bakal dijatuhkan hukuman sekali lagi...Adakah akan berlaku sau lagi peristiwa yang besar selepas ini..?...semuanya adalah kerana ANWAR IBRAHIM....


Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."
“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.
Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.
anwar court trial 160511 crowd after decisionHakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. 



Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

NONEPengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam itu, beliau berkata terdapat kes prima facie ke atas Anwar.

Menurutnya bukti-bukti yang dikemukakan oleh saksi pakar seperti doktor-doktor dan ahli kimia mentahkikkannya dengan kenyataan Saiful bahawa terdapat penetrasi
zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana
dinyatakan dalam tuduhan.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.
Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah inggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.

Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya - menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

azlanPasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.

Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse