Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU DARIPADA PENULIS BLOG SMART GENERATION


salam kepada semua..


Penulis Smart Generation mengambil kesempatan tarikh keramat 16 mei ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Malaysia ini walau di mana pun anda berada.Sesungguhnya Guru merupakan insan penting dalam melahirkan generasi pada hari ini dan masa depan kerana guru merupakan golongan Pendidik yang akan mencorakkan  budaya dan modal insan dalam masyaraka.Peranan guru bukan sahaja mengajar subjek dan matapelajaran kepada para pelajar bahkan lebih daripada itu tugas dan peranan seorang guru.Bukan sahaja perlu menunjukkan contoh teladan yang baik,tetapi guru merupakan sumber inspirasi kepada para pelajar sekolah.


Buat seluruh guru-guru yang pernah mengajar  penulis Smart Generation iaitu sejak bermula di awal persekolahan iaitu Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai sehingga darjah 3 seterusnya menyambungkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan iaitu sekolah Bestari ketika itu
selama 2 tahun iaitu dari darjah 4-5 dan atas sebab masalah kesihatan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Lepar dan menamatkan pengajian peringka rendah .Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang (SMKAP) hingga ke tingkatan lima .Di bumi Smk Agama Pahang inilah Penulis Smart Generation telah mendapat banyak didikan dan tunjuk ajar daripada seluruh guru-guru di sini.Banyak jasa dan pengorbanan guru-guru mendidik Penulis untuk menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi cemerlang dalam sahsiah dan Akhlak.


Antara guru-guru yang memberikan kesan yang mendalam di dalam diri Penulis adalah Cikgu Razali Bidin iaitu Guru yang paling banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada diri Penulis sehingga penulis boleh berjaya sehingga ke hari ini.Cikgu Razali Bidin merupakan seorang guru yang mengajar kepada penulis erti sebenar pergorbanan seorang guru.Terima kasih kepada cikgu yang banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya...

Tidak lupa juga kepada Cikgu Radzi,Cikgu Yazid,Cikgu Sukri,Cikgu Khairul Azman,Cikgu Jalil,Cikgu sukri,Cikgu Elyas,Cikgu Rosli,Cikgu Nurul Huda,Cikgu Norlie,Cikgu Asmah,Cikgu Surianawati,Ustazah atiqah,Ustaz aziz ramli,Ustaz aziz jordan,Ustaz Wan,Teacher Azlin dan ramai lagi guru-guru di SMKAP yang telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat sewaktu saya masih lagi menjadi pelajar sekolah di SMKAP.Sememangnya bumi SMKAP bertuah kerana mempunyai guru-guru yang hebat dan sentiasa komited dan berkomitmen tinggi.Walaupun mungkin nama-nama guru yang saya sebutkan tadi sudah tidak mengajar di SMKAP,tetapi jasa dan pengorbanan anda kepada kami semua sangat tinggi nilainya.

Begitu juga dengan semua pensyarah di Universiti Malaya yang telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada diri ini.Pengorbanan Guru memang tidak dapat di balas atas segala jasa yang telah mereka curahkan.Namun,apa yang penting kia menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini.Guru juga ibarat sebahagian daripada keluarga kita.Guru juga adalah rakan dan sahabat kita,dan Guru juga boleh jadi segala-galanya untuk kita.Terima kasih kepada seluruh Golongan Pendidik yang bergela Guru.Sememangnya setitis ilmu yang di curahkan ke dalam dada kami,itulah ilmu yang akan menjadi panduan dan teladan kepada kami.Terima kasih banyak-banyak kepada Guru.

Penulis Smart Generation memberikan ucapan penghargaan Khas kepada seluruh guru-guru yang telah mendidik diri Penulis.Guruku akan sentiasa dalam hati dan ingatanku....






Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse