Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 12 Mei 2011

KERANA SIDANG MEDIA PENULIS SMART GENERATION DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB OLEH UNIVERSITI MALAYA




salam kepada semua..


Penulis Smart Generation terkejut juga menerima surat daripada Pihak Pentadbiran Universiti Malaya menyatakan bahawa Penulis bersalah kerana berhimpun dan membuat sidang media pada 18.2.2011 jam 3.00 petang.Penulis telah dikatakan melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah kaedah-kaedah Universiti Malaya 1999 yang di buat di bawah seksyen 16C akta terbabit iaitu telah membuat reperesentasi atau dengan cara perhubungan lain,secara lisan,kepada mana-mana pegawai awam dan/atau kepada akhbar dan.atau kepada orang ramai dalam ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Universiti ataupun dengan kakitangan atau pelajar Universiti atas sifat mereka sebagai kakitangan atau pelajar universiti Malaya,atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang kakitangan atau pelajar universiti ,tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Naib Canselor.


Penulis Smart Generation mahu menyatakan kekecewaan dan kekesalan kepada Pihak Pentadbiran Universiti Malaya kerana telah mengenakan hukuman dan tindakan tatatertib semata-mata kerana Penulis membuat satu sidang media berhubung suasana Pilihan Raya Kampus yang sedang belaku dalam Pilihan Raya Kampus Februari lalu.

Adakah tidak ada lagi ruang dan kebebasan untuk Mahasiswa menyatakan pandangan dan pendapat mereka.?Bukankah tindakan menyekat kebebasan Mahasiswa dalam memberikan pandangan dan kenyataan mereka terutama dalam menegakkan keadilan dan kebenaran boleh dipertikaikan oleh Pihak Pentadbiran Universiti Malaya.?..

Adakah seluruh Mahasiswa perlu memohon kebenaran daripada Naib Canselor terlebih dahulu sebelum melakukan atau membuat sesuatu perkara?..Di Mana kebebasan dan Hak yang sepatutnya diberikan kepada Mahasiswa.Jikalau Penulis memalukan nama Universiti Malaya atau mengaibkan nama Univesiti Malaya mungkin Penulis boleh menerima dikenakan tindakan tatatertib ini,Tetapi apa yang Penulis nyatakan ketika membuat sidang media bukanlah memburukkan nama Universiti Malaya,tetapi hanya menyatakan pandangan dan harapan Penulis mengenai Pilihan Raya Kampus yang berlaku pada ketika itu...


Adakah Penulis telah melakukan kezaliman dan melakukan huru hara di Universiti Malaya kerana mahu menyatakan kebenaran dan menuntut keadilan di dalam Pilihan Raya Kampus.Penulis hanya menyatakan dan meluahkan pendapat sebagai mahasiswa yang mempunyai hak untuk memberikan pandangan...



Penulis begitu kesal dengan tindakan terlampau daripada Pihak Pentadbiran Universiti Malaya yang menyekat kebebasan dan hak mahasiswa.Jika perkara ini terus di biarkan maka akan lahirlah mahasiswa yang penakut dan bacul dalam menyatakan pendapat dan pendirian mereka.Pihak Pentadbiran seharusnya tahu bahawa Proses ini memberikan kematangan kepada Mahasiswa untuk berfikir secara rasional...

Jika Hak dan Kebebasan bersuara Mahasiswa terus di sekat dan dipertikaikan maka jangan bicara untuk melahirkan tokoh atau golongan intelektual Mahasiswa yang cemerlang.


Penulis memohon doa daripada seluruh Rakan-rakan Mahasiswa Universiti Malaya untuk penulis menghadapi Prosiding yang akan dijalankan pada hari jumaat 20.5.2011 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat HEP,Aras 2 Blok E,Kompleks Perdana Siswa ,UM...


Berikut adalah Sidang Media yang menyebabkan Penulis dikenakan tindakan tatatertib :-





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara, di mana-mana organisasi besar di mana-mana bahagian dunia, mengeluarkan kenyataan mengenai organisasi tersebut kepada media nasional perlu mendapat kebenaran daripada pengurusan organisasi tersebut....

Selamat maju jaya di alam selepas universiti sekiranya begini pemikiran saudara.

Unknown berkata...

anonymous yg diatas nih..
itu peraturan bagi mana2 organisasi kan..
bagaimana pula peraturan bagi pertimbangan manusia..or patut sy tya sedara pe itu definisi bertimbang rasa dan sifat mendidik pe itu..
hukum la kalo de law yg diperuntuk kan tu..
nanti kalo xde org nak mandi mayat tuk kite, xde pon kite nak idup balik wat saman malu or berhujah ttg hukum hakam..

Tanpa Nama berkata...

sababe ye penulis...

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse