salam kepada semua....
Rakyat Pahang yang prihatin sudah tentu risau dan bimbang dengan Pembinaan Loji Projek Nadir Bumi Lynas di Gebeng,Kuantan pahang.Sebagai Rakyat Pahang penulis Smart Generation juga melihat bahawa pembinaan Loji yang akan memberikan kesan Radiasi ini sudah tentu akan menghantui seluruh rakyat negeri Pahang terutama penduduk di kawasan sekitar.
Pencegahan adalah ubat yang terbaik,seharusnya diambil kira,Sememangnya pembinaan loji ini akan meningkatkan jumlah pelaburan di Malaysia,tetapi adakah jaminan bahawa tidak akan ada langsung kesan radiasi kepada masyarakat sekitar.Mungkinkah Panel yang telah dilantik itu melihat bahawa aspek keselamatan dan juga langkah-langkah mengatasi telah diambil kira dan disempurnakan.Namun apa yang penting,adalah adakah tidak akan ada tragedi lain yang akan menyebabkan kebocoran radiasi di Operasi loji ini..?..Adakah jaminan mereka ini benar-benar boleh dipercayai...Sebelum ini di bukit Merah,Perak pernah memberikan kita satu bukti akan bahaya kesan radiasi ini.Namun,mungkin kita telah melupakan perkara ini.
Kerajaan harus benar-benar meneliti aspek keselamatan ini,kerana ancaman radiasi ini adalah lebih teruk daripada peperangan.Adakah kerajaan sanggup menanggung segala bencana yang bakal belaku kepada masyarakat di kawasan ini suatu masa nanti..?..Seharusnya pembinaan kilang ini benar-benar diteliti dan sebolehnya dielakkan daripada di bina berdekatan dengan kawasan penempatan.Adakah aspek keuntungan yang dipentingkan dalam pembinaan loji ini...?..
Penulis Smart Generation berharap..Kerajaan Malaysia..benar-benar dapat mendengar suara hati dan keluhan masyarakat di sini.Sekurang-kurangnya berilah jaminan dari aspek keselamatan dan insuran perlindungan kepada mereka..Ingat sebelum kena..Ingat sebelum TERLAMBAT...!!!!
BERIKUT ADALAH BERITA MENGENAI PERKARA INI :-
Penilaian RIA - yang dipamerkan bersama laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) - menyatakan bahawa operasi loji itu "tidak akan menyebabkan risiko radiologi yang tidak wajar.
Menurut laporan yang dikelolakan Agensi Nuklear Kebangsaan Malaysia itu, orang awam tidak akan terkesan dengan sinar radiasi mili-siverts (MSV).
Manakala pekerjanya pula akan menghadapi purata 13 MSV radiasi setiap tahun untuk tempoh sepuluh tahun pertama operasinya.
Ini bermakna, pendedahan sinar itu kepada pekerja hanya 50 MSV setiap tahun atau di bawah paras bahaya.
"Berdasarkan keputusan (RIA), kesimpulannya operasi loji itu tidak akan menyebabkan sebarang kesan radiologikal kepada pekerja dan anggota masyarakat yang menetap di sekitar kawasan yang dibenarkan," laporan itu dipetik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan