Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 7 Mei 2011

MALAYSIA AKAN DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.....????

salam kepada semua....

Gambar di atas adalah paderi-paderi berkumpul dalam satu majlis bersumpah  untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.

Ini adalah satu Majlis makan malam DAP yang telah dianjurkan oleh DAP kawasan Parlimen Jelutong malam tadi semalam di Hotel Red Rock, Jln Macalister, Pulau Pinang untuk meraikan Pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di PRN Sarawak.
Paderi negara luar yang tinggal di Sarawak berucap

Paderi dari Afrika Selatan yang tinggal di Sarawak berucap

Seorang paderi tempatan dari Sarawak berucap

Seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada petugas pusat khidmat AP Jelutong, para pastor dalam dan luar negara dan ADUN Sarawak telah hadir termask Jeff Ooi AP DAP Jelutong, dan Chiew Chiu Seng ADUN DAP Kidurong.

Ucapan Jeff OOI – AP Jelutong

Kesemua Pastor yang lebih kurang 35 orang telah mengadakan upacara angkat sumpah dgn membuat bulatan dan bersentuhan tangan masing2 dan berikrar dalam bahasa inggeris iaitu ingin menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara dan Perdana Menteri Malaysia adalah dari penganut agama kristian.

Pastor ini samada dari tempatan Sarawak atau luar negara adalah antara mereka yang telah membantu DAP berkempen di Sarawak.

Mereka berada di Pulau Pinang untuk Konvensyen di Berjaya Hotel dan perjumpaan khas pada sebelah malam di Pusat Kristian Pulau Pinang Jalan Khaw Sim Bee, Pulau Pinang.

Karpal Singh pernah meyuarakan tentangan yang begitu hebat menentang Negara Islam atas alasan menegakkan negara sekular.



Kenapa dia berdiam dengan trend ke Kristianisasi yang diguna DAP? Mana dia perjuangan DAP demi sekularisma?


APAKAH BENAR DAKWAAN INI....????
AGAMA KRISTIAN MAHU DIJADIKAN AGAMA RASMI...???

PERDANA MENTERI DIKALANGAN ORANG KRISTIAN...???


BENARKAH MEREKA BERSUMPAH BEGINI...????


PERKARA INI AKAN MENIMBULKAN SATU PERBALAHAN ANTARA MASYARAKAT DI NEGARA INI....???


JIKA TIDAK BENAR DAKWAAN INI,DAP SILA TAMPILKAN DAN KEMUKAKAN PENJELASAN KEPADA SELURUH RAKYAT TERUTAMA MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM...!


Berikut merupakan reaksi Kementerian Dalam Negeri :-



BESUT 7 Mei – Kementerian Dalam Negeri memandang serius pertemuan paderi dari seluruh negara yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut terkejut dan sedih dengan pendedahan terbabit kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan antara kaum khususnya penganut Kristian di negara ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenainya selain mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak terbabit dalam waktu terdekat ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menasihatkan pihak-pihak yang menganjurkan majlis pertemuan itu supaya jangan sekali-kali mempolitikkan sebarang isu berkaitan agama.

“Saya sedih, kerana ada pihak pembangkang yang mempolitikkan agama lain dan mahu menimbulkan kemarahan kalangan penganut kristian. Sebelum ini tak ada langsung.,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) di sini hari ini. - Utusan





2 ulasan:

AiMaN berkata...

nak jadi juak2 umno ke? hahaha

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz dan PAS tentu tentu berbangga kerana diatas sokongan PAS kepada DAP selama ini telah membuahkan hasil.Itulah namanya BAHLOL, bertindak dan berpolitik tak pakai otak. DIA ANGKUH,INGAT DIA SORANG YANG PANDAI.Negara Malaysia sudah negara ISLAM pertahan dan perkukuhkan sahaja. Negara Islam ala PAS yang dijaja, hanya retorik dan runtunan hawa nafsu serta serakah politik PAS sahajA.Semoga ALLAH menyedarkan beliau sebelum mati.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse