Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 25 Mei 2011

MENTERI JAMIN TIADA KENAIKAN HARGA BARANG...SAMPAI BILA..?


salam kepada semua...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan LPG.

ismail sabri yaakob"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.
Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.
azlanAdalah tidak fahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

NONENONEPanel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlahNONEDalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlanTaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse