Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 24 Mei 2011

BERSEDIA UNTUK TUKAR KERAJAAN JIKA HARGA MINYAK TERUS NAIK DAN SUBSIDI RAKYAT TERUS DI TARIK !


salam kepada semua...



Harga minyak RON 95 dijangka akan dinaikkan lagi..?...Adakah kerajaan Malaysia benar-benar mahu merasionalisasikan kembali subsidi yang telah diberikan kepada rakyat..?...Kerajaan perlu ingat bahawa majoriti rakyat yang masih memerlukan subsidi daripada kerajaan...Masih ramai rakyat Malaysia dalam lingkungan golongan berpendapatan rendah...Bukan sahaja Minyak...malahan banyak keperluan asas rakyat di tarik kembali subsidi secara beransur-ansur...Apakah Kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa Rakyat yang menyebabkan Kerajaan sekarang terus berada di takhta kuasa..?
Bersedia untuk Kerajaan di tukar oleh Rakyat sendiri jika Kerajaan masih tidak memikirkan golongan masyarakat yang berada di bawah ini...yang masih mengharapkan sokongan dan pembelaan daripada kerajaan...Mungkin rakyat tidak akan marah jika tidak diberikan subsidi sekalipun jika kerajaan benar-benar meningkatkan taraf hidup mereka dengan menaikkan gaji bekerja sektor awam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada generasi muda...Jika Rakyat sudah menikmati segala kebajikan dan kemudahan ini..maka rakyat tidak perlu lagi bergantung kepada subsidi kerajaan..Namun kenyataannya masih ramai lagi rakyat di negara ini yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan...

Rakyat akan pastikan kerajaan di ubah jika Kerajaan tetap berkeras mahu menaikkan RON 95 ini...Persepsi rakyat kepada kerajaan akan berubah jika Harga minyak ini terus di naikkan..Tidak patut krisis kewangan yang berlaku di bebankan kepada rakyat...Adakah kerajaan mahu Pisang berbuah dua kali..?...PILIHAN RAYA UMUM KE-13 SEMAKIN HAMPIR...Jika mahu terus memerintah...pastikan kebajikan rakyat terus terbela...


Masih terdapat firaun kecil dalam kerajaan yang merompak kekayaan rakyat sehingga jutaan ringgit...Pastikan harta rakyat yang dipegang oleh kerajaan tidak di salah guna untuk mengkayakan golongan atau pemimpin tertentu...Harta rakyat itulah sepatutnya menjadi subsidi untuk Rakyat..!!!!


MOHON DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL UNTUK MENDENGAR LUAHAN HATI RAKYAT DAN KEKECEWAAN RAKYAT DAN PASTIKAN TIDAK ADA LAGI KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS INI...



Adakah ini janji Kerajaan sebelum ini ...?



Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau  berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri  berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya, undilah DAP, minyak ikut harga Singapore! Ahli PAS naik unta, PKR naik Keldai........

Anti Umno berkata...

@Anonymous

Ya Undilah BN
Harga biar ikut US tapi tahap perkhidmatan masih haprak!!!
Apa susah , bila harga naik gunalah kad keahlian umno , kan dapat 50% diskaun nanti.kan...kan...kan..?

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pembangkang memerintah belum tentu harga barang turun. Kenaikan harga barang sekarang ni adalah isu global jangan pandai cakap saja....

Tanpa Nama berkata...

kalau suma nak memerintah sapa pula yg akan diperintah.... Banyak dan hampir semua org bodoh kerja kutuk mengutuk dan komplen ja... bila buat habuk pun tara cabuk lagi ada... jdi yg layak memerintah jdi lah pemerintah mcm BN kita. yang tak layak tu cari la kerja lain ternak udang ke ikan ke tanam sawit.... cuba la perintah ikan , ke sawit atau udang rimau tu membiak bnyak hasil dan faedahnya dari kutuk kerajaan kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut