Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 10 Januari 2011

SOLAT HAJAT DAN PIDATO PERDANA SELAMATKAN MALAYSIA DAN SELANGOR MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARIPADA RAKYAT....???????


salam kepada semua....


Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden juga turut memberikan ucapan....

http://1.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_MsEz9yI/AAAAAAAACXU/HClwcq_NO5k/s1600/090120113736-753239.jpg







http://1.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_MyE-LtI/AAAAAAAACXc/3L_EYG_hkpU/s1600/090120113729-754744.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_NJBqhGI/AAAAAAAACXk/RMGt_hzDPtY/s1600/090120113735-755836.jpg

http://2.bp.blogspot.com/_5tPhhg2RFY4/TSm_NR8R6GI/AAAAAAAACXs/jB4GVeB0x7Q/s1600/090120113734-757225.jpg

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LIVE dari Shah Alam: Hampir 30 ribu umat penuhi Stadium Melawati Shah Alam!!
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2011/01/live-dari-shah-alam-hampir-30-ribu-umat.html

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse