Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 11 Januari 2011

ANWAR IBRAHIM HARUS MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA BELIAU...!!!!!!!



salam kepada semua...


Penulis Smart Generation secara peribadinya memang menganggap Anwar Ibrahim sebagai antara Tokoh Pemimpin Idola penulis sendiri....Penulis begitu kagum dengan semangatnya dan kekentalannya dalam menghadapi serangan musuh-musuh politiknya luar dan dalam.....
Namun,dalam melihat kepada kredibiliti Pemimpin ini,Penulis masih lagi tidak mempercayai 100 % dengan agenda dan perjuangan yang mahu di bawakan oleh beliau untuk mengubah Malaysia dan mengangkat Martabat Bangsa kerana banyak sandiwara daripada pembuktian yang jelas....

Penulis boleh katakan bahawa kepercayaan dan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim terhakis dan semakin berkurangan apabila semakin banyak janji politik yang tidak dilaksanakan seperti 16 September mahu merampas Putrajaya dan banyak lagi....

Di dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri terutama rakan-rakan baik beliau termasuk yang begitu akrab dengan beliau meninggalkan Parti ini kerana mereka lebih kenal siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar.Menurut maklumat yang penulis dapat adalah Anwar Ibrahim adalah orang yang paling banyak membuat janji kepada rakan-rakan beliau terutama untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.Beliau akan memilih sesiapa sahaja yang benar-benar boleh mempertahankan beliau sebagai Pimpinan tertinggi dalam Parti itu....


kebanyakan rakan-rakan Anwar Ibrahim yang telah keluar Parti itu mengatakan bahawa Perjuangan Anwar untuk rakyat Malaysia telah tersasar sejak kebelakangan ini,Perjuangan itu bukan lagi perjuangan kepada rakyat,Tetapi perjuangan untuk membela dan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Anwar Ibrahim dianggap sebagai satu kekuatan Apabila berjaya menggabungkan Parti-Parti dalam Pakatan Rakyat terutama antara PAS dan DAP yang langsung tidak sebulu sebelum ini.Kejayaan Anwar Ibrahim menyatukan dua Parti yang berlainan ideologi ini merupakan satu kejayaan terbesar beliau untuk mengumpul kekuatan merampas Kerajaan daripada Barisan Nasional.Namun,persoalannya bagaimanakah beliau menggabung Parti ini?.Adakah juga menggunakan janji-janji Politik..?Depan PAS cakap lain ,Belakang DAP cakap lain.....


Adakah Anwar Ibrahim ini menggunakan DAP untuk kepentingan Politik beliau,atau DAP yang menggunakan Anwar Ibrahim untuk kepentingan Politik mereka?.Kenapakah Presiden DAP (Karpal Singh) yang pada tahun 1997 dahulu yang mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar Ibrahim benar-benar meliwat.Sekarang kenapa beliau begitu bersungguh-sunguh untuk menjadi Ketua Pembela kepada Anwar Ibrahim.?Adakah Karpal Singh tahu kelemahan Anwar Ibrahim ini dan menggunakan Kes Liwat Beliau ini sebagai satu cara untuk menundukkan Anwar Ibrahim.Karpal Singh juga begitu berani mengherdik Anwar Ibrahim supaya meninggalkan Parti apabila pembohongan rancangan 16 september terbongkar...



Apa yang perlu dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah menjelaskan secara terbuka bahawa Perjanjian Persefahaman Pakatan yang bertarikh 18.12.2009 mempersetujui bahawa agenda penubuhan negara islam dan pelaksanaan Undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar Pakatan Rakyat jika tidak memenangi Pilihan Raya Umum dan memerintah.Apakah PAS boleh menerima dasar Malaysian-Malaysia yang di bawa oleh DAP dan apakah DAP dapat menerima PAS untuk menegakkan Negara Islam.Apa yang DAP setuju adalah mempertahankan Islam dalam perlembagaan sahaja.



Adakah Anwar Ibrahim mengumumkan untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang untuk memerintah Negara ini sekadar untuk mendapatkan sokongan daripada kaum cina di Negara ini?.Bukankah Tuan Guru Nik Aziz setuju jika Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya bila mana Kit Siang memeluk agama Islam.Perkara ini harus dijelaskan secara jelas kepada Rakyat supaya rakyat jelas dan faham.


Salah satu strategi Anwar Ibrahim apabila isu-isu yang melibatkan masalah dalaman Parti dalam Pakatan Rakyat,Anwar Ibrahim akan menyatakan yang penting adalah fokus untuk menang Pilihan Raya dan pastikan kemenangan itu dan isu-isu remeh itu jangan diperbesarkan yang akan merugikan Pakatan Rakyat.Anwar ibrahim begitu bijak menggunakan rakan-rakan beliau dalam Pakatan Rakyat dan menggunakan kelebihan pernah menerajui Gerakan Islam sewaktu remaja dahulu untuk menjinakkan PAS dalam Pakatan Rakyat.Kalau di lihat dari segi ucapannya dalam ceramah-ceramah umum beliau,Anwar Ibrahim begitu bijak mengulas isu berdasarkan audience atau pendengar ceramahnya,sama ada majoriti Melayu atau Bukan Melayu.Beliau akan menggunakan ayat-ayat yang begitu dekat dengan hati pendengar ceramahnya dan memberikan keyakinan kepada mereka.



Anwar Ibrahim perlu benar-benar menjelaskan secara jelas dan terbuka tanpa berselindung kepada rakyat mengenai perkara-perkara yang dipertikaikan ke atas peribadi beliau.Kalau nanti,Beliau benar-benar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah tentu semua masalah ini akan timbul dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan bergaduh untuk menuntut hak masing-masing yang telah dijanjikan kepada mereka,malahan termasuk kepada rakan-rakan pimpinan dalam Pakatan Rakyat yang telah dijanjikan dengan jawatan tertentu jika Pakatan Rakyat memerintah.....


Penulis Smart Generation menulis peribadi Anwar Ibrahim ini kerana beliau adalah antara Tokoh yang masih menjadi Idola Penulis sejak daripada kecil lagi.Penulis hanya mahukan mendapat kepastian mengenai perkara ini dan berita-berita mengenai beliau daripada beberapa rakan-rakan Pimpinan Beliau suatu ketika dahulu.Adakah benar perjuangannya untuk membela dan mengangkat martabat rakyat telah jauh tersasar..???..Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hebat dan mempunyai karisma tetapi beliau juga adalah Manusia yang mempunyai kelemahan.Penulis mengharapkan supaya Anawar Ibrahim benar-benar ikhlas dalam membawa masa depan Malaysia yang lebih baik.Jangan nanti jika berjaya mendapat jawatan hanya akan menghukum musuh-musuh Politik beliau.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse