Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 12 Januari 2011

MAHU MENITISKAN AIR MATA KATA PERDANA MENTERI MELIHAT KEJAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA DALAM PIALA AFF:SEMUA PEMAIN MENERIMA DURIAN RUNTUH...!!!!!!!!!!


salam kepada semua....


MEMANG LAYAK DAN BERBALOI.....ITU SAHAJA YANG PENULIS SMART GENERATION MAMPU KATAKAN SETELAH PERDANA MENTERI MENGUMUMKAN PEMBERIAN INSENTIF SAHAM AMANAH SERTA WANG TUNAI RM 65,000 KEPADA 25 PEMAIN SETIAP SEORANG TERMASUK JURULATIH BOLA SEPAK KEBANGSAAN...
KEJAYAAN MANIS MENJUARAI PIALA AFF SUZUKI DI INDONESIA SEMEMANGNYA AKAN MENJADI DETIK SEJARAH KEGEMILANGAN BOLA SEPAK NEGARA....


PERDANA MENTERI JUGA MENGIKUTI PERLAWANAN PIALA AFF SUZUKI INI UNTUK TURUT SAMA MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA PASUKAN HARIMAU MALAYA...WALAUPUN SIBUK DENGAN TUGASAN MENGURUS DAN MENTADBIR NEGARA......


MAHU MENITISKAN AIR MATA..ITU KATA-KATA SEMANGAT KEPADA SEMUA PEMAIN HARIMAU MALAYA YANG MENUNJUKKAN BEGITU DATUK SERI NAJIB BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN MEREKA.......



Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lepas.

Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta.

Najib juga berkata kerajaan akan bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya  mahu menghantar pemain-pemain untuk menjalani latihan dengan mana-mana kelab bola sepak di luar negara.
“Untuk pembangunan di masa depan, kerajaan akan memberikan  kerjasama dan sokongan yang sebaik-baiknya kepada FAM untuk  memajukan bola sepak di negara ini.

“Kerajaan akan menaja latihan pemain-pemain kita dengan  kelab-kelab ternama di luar negara sebagai persediaan pemain.  Terserahlah kepada FAM untuk menentukan di mana, siapa dan  sebagainya. FAM perlulah juga berunding dengan KBS dan MSN,”  katanya.

Mengenai kejayaan sulung skuad negara memenangi Piala AFF Suzuki, Najib berkata ia perlu dijadikan contoh oleh semua rakyat Malaysia khususnya  generasi muda.

“Ia bukanlah sebarang kejayaan kerana ia suatu kejayaan yang mencetus satu semangat patriotisme yan luar biasa di kalangan rakyat.

“Tidak ada satu peristiwa lain ataupun kejohanan lain yang boleh dianggap setanding dengan apa yang telah dilalui dalam peristiwa  yang membolehkan kita menjulang Piala Suzuki AFF ini. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil boleh dikatakan sebagai ‘electrifying’ (bersemangat), walaupun saya tidak berada bersama tetapi saya dapat saksikan jaringan yang menarik pemain Malaysia melalui YouTube,” katanya.

Perdana Menteri turut mengimbau saat-saat manis beliau duduk di atas jalan raya bersama rakyat di Jalan Bukit Bintang ketika menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam.
“Saya sendiri mencatat sejarah peribadi, belum pernah ada Perdana Menteri duduk di atas jalan raya bersama-sama rakyat untuk menyaksikan perlawanan bola... dan saya berbangga. Bila kita (Malaysia) menang hari itu, rasa macam hendak menitiskan air mata.

“Saya dapat selami kekuatan mental pemain ketika itu begitu juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh peminat-peminat. Saya dapat saksikan perubahan besar dalam bola sepak Malaysia,” katanya.
Najib menyeru semua pemain supaya terus berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah ditunjukkan pada Piala AFF Suzuki dengan meningkatkan prestasi.

Tumpuan skuad bola sepak kebangsaan kini, katanya, adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di London pada 2012 dan berusaha untuk menjadi kuasa besar sukan bola sepak di rantau Asia. – Bernama

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse