Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 14 Januari 2011

AHLI AKADEMIK PENGAMPU....MEMBISU ISU RAKYAT...??????



salam kepada semua....


AHLI AKADEMIK PENGAMPU...MEMBISU ISU RAKYAT.....????


SIAPA YANG DIKATAKAN SEBAGAI AHLI AKADEMIK PENGAMPU.....????

KENAPA AHLI AKADEMIK BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI PENGAMPU....???
AHLI AKADEMIK MERUPAKAN GOLONGAN PROFESIONAL YANG PAKAR DALAM BIDANG-BIDANG YANG MEREKA KUASAI...DAN AHLI AKADEMIK MERUPAKAN TERAS UTAMA DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG DALAM NEGARA.....



KENAPAKAH AHLI AKADEMIK MAHU BERSIFAT SEBAGAI PENGAMPU.....???..SEHARUSNYA AHLI AKADEMIK MEMBERIKAN PANDANGAN DAN ANALISA YANG LEBIH VBERSIFAT KRITIKAL DAN INTELEKTUAL DALAM SESUATU ISU MENGENAI RAKYAT.......



KENAPA MAHU MELABELKAN AHLI AKADEMIK SEBAGAI PENGAMPU.....????




ADAKAH KERANA AHLI AKADEMIK INI TIDAK MENYOKONG ATAU MEMIHAK DI GELAR SEBAGAI PENGAMPU....????


AHLI AKADEMIK SEHARUSNYA BERADA DALAM KONDISI TIDAK MEMIHAK....KERANA AHLI AKADEMIK BUKAN AHLI POLITIK.....AHLI AKADEMIK PERLU MENYATAKAN YANG HAK..DAN MENOLAK YANG BATIL........




Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini :-





Parti Islam Se-Malaysia PAS berasa hairan dengan segelintir ahli akademik pengampu yang memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno. Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini.

Mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan. Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja. Ahli akademik pengampu ini membisu ketika wang negara di faraid  kepada APCO Yahudi sebanyak RM77 juta setahun. Tidak memberi apa-apa komen mengenai subsidi kepada  Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan untuk 27 juta rakyat sebanyak 11bilion dihapuskan. Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.

PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik. Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus baik dari segi pengajaran dan penyelidikan. Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak.

Ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang, sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu. Sepatutnya sebagai ahli akademik mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat. Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia.
Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse