Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 20 Januari 2011

ADUN MERLIMAU MENINGGAL DUNIA..SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL AKAN BERLANGSUNG


salam kepada semua...


PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM  DATUK MOHAMAD HIDHIR ABU HASSAN ,ADUN MERLIMAU YANG MENINGGAL DUNIA PADA HARI INI AKIBAT SERANGAN JANTUNG...


SEMOGA ROH ARWAH DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.....



Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya. Mstar/-



1 ulasan:

Unknown berkata...

ADUN Merlimau masih hidup, kritikal
>> http://www.masterfaiz.com/2011/01/prk-dun-merlimau-adun-bn-meninggal.html

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse