Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 April 2014

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH BAKAL PRESIDEN BARU FAM

Tengku Abdullah bakal presiden baru


Kuala Lumpur: Sebanyak 12 pencalonan yang diterima Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi isyarat ahli gabungan badan induk itu mahukan beliau menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah.

Walaupun Sultan Ahmad Shah belum memutuskan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 1984 itu, senario pencalonan dua individu bagi jawatan berkenaan menggambarkan bakal ada perubahan bagi jawatan tertinggi itu.
Selain Tengku Abdullah yang juga Timbalan Presiden FAM, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima tiga pencalonan, masing-masing dari Johor, Kelantan dan Perlis yang memungkinkan beliau akan menarik diri daripada bertanding pada pemilihan penggal 2014- 2018 di kongres ke-50, 25 Mei ini.

Apa pun, Tengku Abdullah juga mungkin akan menarik diri sekiranya Sultan Ahmad Shah, yang hanya menerima lima pencalonan membuat keputusan untuk terus kekal memegang jawatan berkenaan.

Maju industri bola sepak

“Kebanyakan ahli gabungan berasakan Tengku Abdullah layak memegang jawatan itu berdasarkan sikap lebih terbuka dan bersedia menerima cadangan yang mampu memajukan industri bola sepak negara.

“Antara ketiga-tiga calon, Tengku Abdullah yang paling banyak menerima pencalonan, tetapi semuanya bergantung kepada presiden,” kata satu sumber yang rapat dengan FAM kepada BH Sukan semalam.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse