Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 6 April 2014

GAMBAR DAN ASET YANG DIGUNAKAN DALAM OPERASI MENYELAMAT PESAWAT MH 370

Tragedi MH370: Dua isyarat sah dari kotak hitam pesawat

Pesawat P3 Orion terbang melintasi kapal Ocean Shield ketika ditugaskan untuk melepaskan boya sonar bagi mengesan MH370 di selatan Lautan Hindi, semalam. - Foto AP
Perth: Dua isyarat akustik baharu berfrekuensi 33.31 kilo Hertz (kHz) yang dikesan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield, kelmarin disahkan daripada kotak hitam pesawat.

Walaupun ia tidak dipastikan sama ada daripada pesawat MH370, pengesahan pakar itu memberi keyakinan bahawa lokasi terakhir pesawat yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, dapat ditentukan dalam tempoh terdekat.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Angus Houston, bagaimanapun berkata isyarat terakhir dikesan Ocean Shield pada jam 10.17 malam (waktu Perth), sangat lemah berbanding beberapa siri isyarat sebelum ini.

Beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada bateri Peranti Pengesan Bawah Air (ULB) pada kotak hitam semakin menyusut, selain dikhuatiri berhenti memancarkan isyarat.

Bateri pengesan lemah

Tidak dapat dipastikan berapa lama lagi jangka hayat tambahan bateri lithium pada ULB itu mampu bertahan. Kita sedang mempergiatkan usaha supaya lebih banyak isyarat akustik dikesan.

Semua isyarat akan diolah menjadi data lengkap, operasi mencari pesawat MH370 akan diperkecilkan dan lokasi ditentukan dalam tempoh terdekat ini, katanya, semalam. Ocean Shield yang membawa dron laut dalam, Bluefin-21 mengesan dua isyarat akustik Sabtu lalu, iaitu jam 4.45 petang dan 9.27 malam.

Isyarat pertama didengar selama 140 minit sebelum hilang daripada sonar Towed Pinger Locator (TPL), manakala isyarat kedua bertahan selama 13 minit, selepas kapal berkenaan berpatah balik.

Usaha kesan lagi isyarat

Mengulas kemungkinan dron Bluefin-21 terpaksa digunakan susulan isyarat ULB semakin lemah, Houston berkata, operasi kini tertumpu kepada usaha mengesan seberapa banyak isyarat akustik sebelum bateri peranti itu kehabisan kuasa.

Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Khas Misi Mencari MH370, Komodor Peter Leavy, berkata pesawat P3 Orion Tentera Udara Australia akan ditugaskan untuk melepaskan boya sonar di kawasan pencarian dikendalikan Ocean Shield.

Katanya, pesawat itu boleh membawa 84 boya yang dilengkapi hidrofon setiap kali penerbangan untuk membantu mengesan isyarat akustik kotak hitam sebelum bateri ULB kehabisan kuasa.

Kemampuan boya sonar mengesan isyarat akustik terhad pada kedalaman 1,000 meter dari permukaan laut, katanya.





























































Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse