Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 15 April 2014

AWAS:BERWASPADA DENGAN PENIPUAN KAD KREDIT DAN KAD DEBIT BANK ANDA

Macam-macam cara orang nak menipu zaman sekarang ni. Macam dah takda cara lain nak approach pelanggan.Melampau betul yang suka mencari rezeki dengan cara menipu dan memanipulasikan para pelanggan.

Untuk kita semua, masing2 take note dengan taktik terbaru mereka untuk memperdayakan kita semua. Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!

Berikut seperti yang dikongsikan di 1malaysianews.com berkenaan kes penipuan kad debit atau kad kredit, BACA:-

just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni. Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, saya dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita India yang sangat berbudi bahasa:
Wi: Selamat pagi boleh bercakap dgn En. Zufri?
Mz: Ye saya bercakap, ada apa ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank encik.
Mz: awak ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan Malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank encik.
Mz: Oh ok…( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni cakap perkara yang sama, jadi saya percayakan dia)
Wi: Ok encik, saya cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang encik gunakan sekarang.
boleh saya tahu alamat penuh encik?
Mz: alamat saya….
Wi: boleh dapatkan no ic…
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..encik masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye saya…
Wi: dah berapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun…
Wi: ok saya ingin membuat pengesahan, kad debit encik bermula dengan 4283 3210
Mz: ye betul…
Wi: boleh encik lengkapkan no 8 terakhir
Mz: 16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan…sekarang, encik ada tanda tangan dibelakang kad debit encik ke?
Mz: ye ada…
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli…boleh bacakan saya no ahli kad encik?
Mz: xxx…
Wi: ok..sekarang saya ingin memberitahu En Zufri kad encik gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. Dia boleh digunakan ketika encik..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi encik potongan 30-70% di klinik-klinik terlibat.
Encik juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dan encik juga boleh diberikan diskaun pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamat yang encik berikan. Jadi ini berharaga RM299.00. Saya telah pun membuat penolakan dari kad Maybank encik.
Mz: eh.awak cakap tadi nak buat pengesahan kad saya, kenapa pula tiba-tiba awak nak ambil duit saya? ada saya cakap saya nak beli kad awak ni..jangan nak memandai lah.
Wi: encik telah berikan saya butiran encik dan bermakna encik setuju..
Mz: awak jangan ingat saya nak sangat dengan kad tu.
Wi: ok tak apa..kalau encik tak nak, saya tak kan hantar kad tu..tapi duit encik telah ditolak..bila-bila masa encik nak kad tu, boleh hubungi kami dan kami akan hantarkan…encik kerja mana?
Mz: saya kerja TNB..saya tak perlukan kad awak..saya dapat semua kemudahan perubatan..mak bapa saya pun dapat kemudahan juga…kenapa perlu saya nak gunakan kad awak..saya tak nak, tolong batalkan…
Wi: (dah mula bengang) sekarang ni, saya dah tolak, encik tak boleh buat apa-apa lagi..nak tak nak saya dah tolak duit encik.
Mz: awak kerja mana ni..awak kerja dengan siapa?
Wi: saya kerja di Rawang dan ini adalah dari goverment…ok encik, ada apa-apa lagi, kalau tak ada apa-apa terima kasih kerana berikan kerjasama…( terus letak phone)


Darah dah tak tenteram, buka terus Maybank2. Nasib baik, duit masih ada, apa lagi, cepat-cepat call Maybank buat pengesahan.

Pegawai bank memaklumkan, ia adalah sendikit yang cuba nak dapatkan butir peribadi kad bank. Nombor 8 digit pertama disebutkan adalah nombor sama untuk pemegang kad, nombor 8 digit terakhir dia akan minta kepada kita.

Untuk nombor ahli kad sebelah tanda tangan tu adalah nombor yang penting untuk pengesahan kad. Encik tak perlu risau. Dia tak berjaya mengambil duit dari akaun encik, saya telah batalkan kad dan encik perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatan dari pihak kami. Kan dah jadi masalah besar.



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse