Jumaat, 14 Oktober 2011
SULTAN KEDAH DIISYTIHARKAN YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA
KUALA LUMPuR 14 Okt - Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. — Bernama
RIWAYAT HIDUP KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mua`dzam Shah diputerakan pada 28hb
November 1927 di Istana Anak Bukit. Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid (1946-1949).
Semasa menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Baginda bersama adinda Baginda, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik, bersemayam di asrama kolej dan amat mudah bergaul dengan para pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada Februari 1949, Baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford di dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di England, pada tanggal 6hb Ogos 1949, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah Darul Aman. Sekembalinya ke tanah air dalam tahun1955, Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Star dan Pejabat Perbendaharaan Negeri.
Baginda bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada Mac 1956 di Istana Sri Menanti,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Almarhumah merupakan Puteri Sulung Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga merupakan Yang DiPertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu. Hasil Perkahwinan DiRaja ini, Tuanku berdua dikurnikan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz. Pada tanggal 9hb Mac 1957, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Kedah sewaktu Almarhum Sultan Badlishah berangkat ke luar Negara pada tanggal 12hb mac sehingga Julai 1957.
Tuanku Sultan menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada tanggal 15hb Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkaPada tanggal 20hb Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang-gemilang di Balai Besar, Alor Star. Baginda merupakan Sultan Kedah yang ke-4 menyambut Jubli Emas pemerintahan semasa berada di atas takhta. Sultan-Sultan sebelumnya yang memerintah lebih 50 tahun ialah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1423-1473),
Sultan ke-8 Sultan Zainal Adilin Mu`adzam Shah II (1710-1778) Sultan ke-19, dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), Sultan ke-26.Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-5 diantara tahun 1970 sehingga tahun 1975. Pada tanggal 21hb September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Pada tanggal 9hb Januari 2004, telah berlangsung satu istiadat gilang-gemilang permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Haji Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan dan berkahwin dengan Tuanku Sultan pada tanggal 25hb Disember 1975.
Selain golf, semasa muda, Tuanku Sultan juga gemar bermain tennis dan billiard.Walaupun Baginda gemar
bersukan, namun baginda turut mempunyai bidang hobi yang lain seperti fotografi dan melancong.
Baginda juga amat berminat dengan pemeliharaan haiwan di Istana Anak Bukit. Terdapat koleksi besar burungburung tropika seperti burung kakak tua dan merak, termasuk haiwan seperti ikan eksotik, rusa, kera dan kuda di perkarangan Istana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse
2 ulasan:
daulat tuanku!
--->suke melancong gak..
daulat tuanku! :)
Catat Ulasan