Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 10 Oktober 2011

TERIMA KASIH MYDIN MOHAMED HOLDING BERHAD


salam kepada semua...


Penulis Smart Generation menggunakan ruangan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada HQ MYDIN MOHAMED HOLDING BERHAD kerana memberikan peluang kepada Penulis Smart Generation untuk berkhidmat di sini setelah tamat  peperiksaan Akhir di Universiti Malaya.Penulis mula bekerja di sini bermula 6 jun 2011 sehingga 8 oktober 2011...Sememangnya banyak pengalaman beharga yang penulis Smart Generation dapat ketika berkhidmat lebih 4 bulan di sini.Sememangnya bekerja dalam bidang Retail bukanlah sesuatu yang mudah dan banyak cabaran yang perlu di hadapi.Walaupun masih baru,namun banyak perkara yang penulis Smart Generation belajar dan menimba pengalaman lebih-lebih lagi berkhidmat dalam Department Operation sebagai A-ITEM AUDIT TEAM..


Bekerja dalam bidang Audit ini memerlukan banyak ketahanan fizikal dan juga mental kerana memerlukan komitmen kerja yang tinggi.Bekerja dalam bidang Audit ini sememangnya seronok kerana selalu pergi Travel dan Outstation.Di samping bekerja tetapi dapat berjalan dan melihat tempat orang.

Sememangnya kerja bahagian ini sangat mencabar kerana kami terpaksa berhadapan dengan semua Manager atau dikenali sebagai Branch Incharge.Jika keputusan Audit di cawangan Mydin tidak memuaskan.Gaji Manager akan di potong berdasarkan jumlah pengiraan keputusan secara keseluruhan.Oleh sebab itu,Kedatangan kami ke setiap cawangan amat digeruni kerana melibatkan pemotongan gaji bukan sahaja kepada Manager malahan kepada pekerja yang terlibat.Namun,semua ini dilakukan supaya Manager dan pekerja Mydin Mohamed Holding lebih berdisiplin dan mengutamakan kerja yang berkualiti...


Penulis Smart Generation merasa bertuah kerana diberikan peluang membina kerjaya di sini.Namun,oleh sebab Penulis Smart Generation mendapat tawaran yang lebih baik,maka Penulis Smart Generation terpaksa memilih kerjaya yang lebih baik untuk masa depan penulis...apa pun..Terima kasih kepada semua rakan-rakan sekerja di Mydin Mohamed Holding yang sentiasa membantu dan bekerjasama dalam setiap kerja yang dilakukan...Semoga Mydin Mohamed Holding bhd akan lebih maju di masa hadapan...










1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum En. Asri, Encik Asri ada x email top management mydin. Saya berminat utk membuka kedai dan ingin tahu maklumat lanjut tentang kedai tersebut.

sekian terima kasih

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse