Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 4 Oktober 2011

MALAYSIA DI AMBANG GAWAT:NILAI RINGGIT JATUH AKIBAT KRISIS KEWANGAN DUNIA

Pelabur asing alih dana, aset daripada pasaran Asia antara punca nilai mata wang menyusut

PENARIKAN keluar dana oleh pelabur institusi asing daripada pasaran Asia termasuk Malaysia berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap masalah kewangan di Eropah serta risiko berlakunya kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) menyaksikan mata wang serantau termasuk ringgit mengalami penurunan besar berbanding dolar AS semalam.

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh 14 bulan kepada RM3.2095 berbanding satu dolar AS sementara dolar Taiwan dan dolar Singapura mencecah paras terendahnya dalam tempoh 10 bulan.
Ini susulan langkah pelabur institusi asing itu mengalihkan pelaburan daripada aset dalam mata wang Asia kepada aset dalam dolar AS yang dilihat lebih selamat berikutan kedudukannya sebagai mata wang utama dunia.

Pada 4.16 petang semalam, ringgit jatuh 0.4 peratus kepada RM3.2055, berikutan jualan berterusan dana luar pesisir. Bagaimanapun, ia pulih sedikit pada lewat petang dengan ditutup pada RM3.2040/2059 berbanding RM3.1870/1910 pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun berbanding mata wang utama lain ringgit menyaksikan peningkatan.

Mata wang tempatan itu meningkat kepada RM2.4426/4469 berbanding dolar Singapura daripada RM2.4549/4591 Jumaat lalu, dan naik kepada RM4.9722/9783 berbanding pound daripada 4.9724/9789.
Ia juga mengukuh berbanding euro kepada RM4.2735/2783 daripada RM4.3142/3213, tetapi susut berbanding yen kepada RM4.1715/1772 daripada 4.1470/1528.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata ringgit dijangka terus menyusut berbanding dolar AS dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan pengurangan pegangan dalam mata wang tempatan secara berterusan daripada pengurus dana asing.

Beliau berkata kebiasaannya dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, pengurus dana asing lebih gemar memilih melabur dalam dolar AS kerana ia dianggap pelaburan lindung nilai.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah akan menjejaskan sentimen belian terhadap mata wang tempatan dan juga serantau. Lagipun, kejatuhan harga minyak sawit mentah juga menjejaskan mata wang tempatan,” katanya.

Nazri berkata, pihaknya menjangkakan ringgit mampu menyusut sehingga ke paras 3.30 menjelang akhir tahun ini jika ketidaktentuan pasaran global berterusan.

Namun, katanya, penyusutan ringgit berbanding dolar AS itu bakal memberikan manfaat kepada eksport negara

1 ulasan:

Ku Azhar berkata...

huhu xphm term2 finance nie T_T

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse