Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 14 Oktober 2011

JAWATAN KOSONG LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM)

 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut ::-
 
 

BILJAWATAN GREDKEKOSONGAN JAWATAN
 KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
TARAF JAWATANTANGGAGAJI / SYARAT LANTIKAN
1.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE484PERKHIDMATAN EKONOMIKONTRAK / PINJAMANP1T1 RM 4352.22 – P1T8 RM 5774.34
P2T1 RM 4783.59 – P2T8 RM 6322.61
2.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE419PERKHIDMATAN EKONOMITETAPP1T1 RM 1693.06 – P1T27 RM 4643.06
P2T1 RM 1787.68 – P2T27 RM 4921.33
P3T1 RM 1886.48 – P3T27 RM 5223.40
3.PEGAWAI EHWAL EKONOMIE411
(SARAWAK)
 PERKHIDMATAN EKONOMITETAPP1T1 RM 1693.06 – P1T27 RM 4643.06
P2T1 RM 1787.68 – P2T27 RM 4921.33
P3T1 RM 1886.48 – P3T27 RM 5223.40
4.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMIE272 PERKHIDMATAN EKONOMITETAPP1T1 RM 1204.55 – P1T26 RM 3027.10
P2T1 RM 1274.13 – P2T26 RM 3213.25
P3T1 RM 1346.73 – P3T26 RM 3405.26
5.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W171
(NEGERI SEMBILAN)
 PERKHIDMATAN KEWANGANTETAP P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM 873.32 – P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM 926.26 – P3T24 RM 2399.46
6.PEMBANTU TADBIR (P/O)N171
(KEDAH)
 PERKHIDMATAN PENTADBIRAN / SOKONGANTETAP P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
7.PEMANDU KENDERAAN
R36
(JOHOR, ZONTENGAH, ZON UTARA, ZON TIMUR)
PERKHIDMATAN MAHIR, SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIRTETAP P1T1 RM 701.42 – P1T17 RM 1354.86
P2T1 RM 743.89 – P2T17 RM 1423.41
P3T1 RM 787.99 – P3T17 RM 1493.59
8.PEKERJA AWAM
R12
(JOHOR)
 PERKHIDMATAN MAHIR, SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR TETAPP1T1 RM 647.51 – P1T14 RM 1178.43
P2T1 RM 689.98 – P2T14 RM 1242.09
P3T1 RM 734.08 – P3T14 RM 1307.38

CARA PERMOHONAN 
1.
Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
2.Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
  
3.Sila gunakan borang dengan menyertakan salinan sijil secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.
  
4.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini,  Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
  
5.Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) sebagai bukti kelayakan untuk dilantik ke Perkhidmatan Awam.
  
6.Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
  
7.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.
  
8.Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut :
 i)Salinan Sijil Kelahiran
 ii)Salinan Kad Pengenalan
 iii)Salinan Lesen Memandu
 iv)Salinan Sijil Berhenti Sekolah
 v)Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
 vi)Surat sokongan/kebenaran
 vii)Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
 viii)Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)
   
9.Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 18 Oktober 2011 ;
   
  KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
WISMA NANAS,
NO. 5, JALAN PADI MAHSURI,
BANDAR BARU UDA,

81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan
        Unit Perjawatan)

 BilIKLAN DAN BORANG Muat Turun PDF
1.Iklan Jawatan KosongMuat Turun
2.Borang Permohonan Jawatan KosongMuat Turun

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse