salam kepada semua
PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG MEMBENTANGKAN BAJET DAN BELANJAWAN 2012 YANG LEBIH MESRA RAKYAT DAN MENGUTAMAKAN SEKTOR PENDIDIKAN...
RM 232.8 BILION MERUPAKAN SATU HADIAH KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA...
WALAUPUN KAKITANGAN AWAM MENGHARAPKAN 2 BULAN BONUS,NAMUN KERAJAAN HANYA MEMBERIKAN SETENGAH BULAN BONUS TETAPI DIJANJIKAN KENAIKAN GAJI MULAI TAHUN DEPAN..
Pemerhati-pemerhati politik pula menyifatkan ia sebagai “bajet pilihan raya” meskipun pentadbiran sebelum ini berkata belanjawan kali ini akan memfokus usaha mengatasi beban kos sara hidup yang meningkat.
Ramai menyifatkan Bajet 2012 merupakan belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir Mei 2013.
Ada juga pemerhati yang menyifatkan ia sebagai “bajet rakyat” pelbagai kaum yang komprehensif dan mereka menegaskan keberkesanan pelaksanaan perlu tunggu dan lihat.
Pun begitu juga ada pemerhati yang mendakwa Bajet 2012 tidak banyak menawarkan kepada pekerja-pekerja swasta dan sesetengah golongan khususnya kaum muda.
Ucapan Bajet 2012 Najib, yang juga Pengerusi BN bertemakan “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.
Najib mengakhiri ucapannya dengan mengatakan bahawa “saya dan rakan-rakan jemaah menteri dan anggota Dewan daripada Barisan Nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui Bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini, sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang teratas.”
“Apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi populariti murahan.
“Yang terjunjug di atas jemala kami sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang-gemilang buat semua anak-anak Malaysia,” kata beliau sambil menambah sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan.”
Antara insentif diumumkan Najib petang ini ialah:
— Skim saraan baru yang dikenali sebagai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan gaji satu lapis bakal menawarkan kenaikan tahunan RM80 hingga RM300 mulai tahun depan
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan
— Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan
— Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada di samping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia
— Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan
— Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu
— Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
— Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500
— Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka
— Peneroka Felda akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan
— Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013
— Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan