SENAWANG: Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, bukan melibatkan soal politik semata-mata, tetapi untuk memastikan masa depan rakyat terjamin.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata belanjawan tersebut yang bersifat sentuhan adalah mencakupi semua bidang yang menyentuh hati rakyat dan mengambil kira semua kumpulan masyarakat.
Katanya semua perkara yang berlaku dalam masyarakat, yang berkaitan kehidupan, pendapatan, saraan, pencen telah dirangkumkan dalam belanjawan tersebut.
"Barisan Nasional (BN) sudah mentadbir negara selama 54 tahun, Pakatan Rakyat tidak sampai setahun jagung. Sebab itu kita dengar pelbagai isu dan masalah yang mereka hadapi dan bergaduh sesama sendiri.
"Dalam satu pasukan juga tidak sepakat (berkaitan hukum hudud). Ada kenyataan yang dibuat oleh pihak pembangkang bertentangan di antara satu sama lain. Bagaimana nak mentadbir negara jika tidak ada pendapat yang sama," katanya pada majlis ramah mesra dan lawatan ke Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Seri Mawar di sini, Sabtu.
Muhyiddin berkata berbanding dengan BN yang mempunyai 13 komponen parti, ia sentiasa bersatu hati dan tidak wujud sebarang pergaduhan.
Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Seramai 5,000 orang menghadiri majlis tersebut.
Sebelum itu, Muhyiddin mengadakan tinjauan mesra di sekitar Rumah Pangsa Senawang 2 sempena lawatan beliau sehari ke Negeri Sembilan.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi membaik pulih dan menceriakan rumah pangsa tersebut yang telah dibina pada 1986.
Katanya antara intipati belanjawan tersebut ialah mulai 1 Januari ini, mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 akan menerima bantuan sebanyak RM500, dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dinikmati pada awal tahun sebagai mengurangkan bebanan para ibu bapa.
Muhyiddin berkata perpaduan amat penting kerana ia menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kemajuan negara dan perpaduan yang telah wujud sekian lama tidak boleh dibiarkan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Jika ada pihak-pihak yang mahu mencetuskan perasaan perkauman, membangkitkan perasaan iri hati dan benci di antara satu sama lain, iaitu yang hendak dilakukan oleh pihak pembangkang dalam negara kita, jika ini berlaku maka tercetuslah keadaan huru hara dan jika itu berlaku, negara kita akan hancur dan tiada masa depan," katanya.
Katanya berikutan perpaduan telah wujud, pucuk pimpinan telah memberi perhatian kepada soal pembanguan sosio ekonomi rakyat jelata dengan melihat perkara-perkara pokok yang harus diperjuangkan.
"Misalnya soal pembanguan ekonomi, ketika kita mula mencapai kemerdekaan, hampir 70 peratus rakyat dalam negara kita miskin.
"Kini, kemiskinan hanya tinggal dua hingga tiga peratus sahaja, dan kemiskinan tegar, yang berpendapatan RM450 ke bawah, sudah sampai tahap yang kita dapat selesai," katanya.- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan