Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 16 Oktober 2011

PAS AKAN TETAP LAKSANA HUDUD WALAUPUN SEKUTU DALAM PAKATAN RAKYAT TIDAK SETUJU




MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud.

"Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu.
Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan.

"Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir pihak masih terkejut dengan niat tersebut," katanya.
Kerajaan PAS Kelantan sentiasa mengadakan seminar berhubung undang-undang Islam termasuk hudud setiap tahun tetapi media arus perdana memilih untuk menghangatkan isu tersebut menjelang pilihan raya umum.

"Ia adalah permainan politik kerana misi kami untuk melaksanakan hudud tidak pernah terhenti.
"Hudud adalah undang-undang yang tertulis dalam Al-Quran...bukannya ditulis oleh PAS atau para ulama," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw bahawa sekarang bukan tiba masanya hudud dilaksanakan, Abdul Hadi berkata, Hu bukan salah seorang penggubal polisi parti itu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse