salam kepada semua....
Alhamdullilah..Penulis Smart Generation berjaya bergelar graduan pada 5 Oktober 2011 yang lalu di Universiti Terkemuka Tanah air iaitu Universiti Malaya.Sememangnya liku-liku sepanjang bergelar Mahasiswa Universiti Malaya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Penulis Smart Generation.Sepanjang perjalanan bergelar mahasiswa pelbagai pahit maung kehidupan yang di tempuhi.Aktif dalam pergerakan dan persatuan membolehkan Penulis Smart Generation untuk mencari pengalaman yang berharga di sini.Berbekalkan semangat kedua orang tua yang di kasihi dan di sayangi serta iringan doa dari mereka akhir Penulis Smart Generation berjaya dikurniakan segulung ijazah di Universiti Malaya.
Penulis Smart Generation juga pernah dikenakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selepas Pilihan Raya Kampus lalu,Namun penulis Smart Generation bersyukur kerana berjaya juga menamatkan pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda ini walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti kolej kediaman dan persatuan.
InsyaAllah...jika ada kesempatan dan peluang Penulis Smart Generation akan melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang lebih tinggi iaitu Master dan PHD..Semoga perjalanan penulis Smart Generation selepas ini akan bertambah baik...ameen...
Dalam pena ini Penulis Smart Generation mahu mendedikasikan sebuah Puisi bertajuk ``Graduan Anak Kampung``
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG....
YANG PUNYA CITA-CITA DAN IMPIAN..
MENGEJAR ILMU HINGGA KE PENGHUJUNG....
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG...
YANG HIDUP DALAM KESUSAHAN DAN KEMISKINAN...
MENERUSKAN KEHIDUPAN UNTUK TERUS BERTARUNG....
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG..
YANG HIDUP UNTUK TERUS BERBAKTI UNTUK KELUARGA
MEMEGANG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK BANGSA DAN NEGARA....
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG....
WALAUPUN DI CACI DI MAKI DAN DI HINA....
AKAN KU TERUS MELANGKAH GAGAH MENGHARUNGI GELORA KEHIDUPAN...
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG...
BUKAN LAHIR DARI KELUARGA HARTAWAN ATAU BANGSAWAN....
NAMUN TIDAK MAHU TERUS HIDUP DALAM KEMISKINAN DAN KEDAIFAN...
AKU GRADUAN ANAK KAMPUNG....
MENIMBA ILMU UNTUK MENGENGAM SEGULUNG IJAZAH....
UNTUK AKU BUKTIKAN...ANAK KAMPUNG JUGA BOLEH BERJAYA..!!!!!!!
4 ulasan:
Tahniah!
Tahniah! Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda.
-jln.ledang ke kg.gelam-
tahniah . :)
tahniah!
Catat Ulasan