Salam kepada semua....
“PESAKA tidak dapat mengawal kemarahan orang-orang silat, sekiranya apa-apa terjadi terhadap Ambiga dan rakan-rakannya pada 9 Julai ini, jangan salahkan kami,” katanya di majlis Perjumpaan dan Mesyuarat Guru-Guru Silat Malaysia, di sini hari ini.
PESAKA yang mewakili lebih 400 pertubuhan dan persatuan silat, serta menaungi lebih 4,000,000 ahli di seluruh negara rela mati mempertahankan keamanan negara dari permainan politik kotor NGO tersebut yang merancang untuk mengadaka demonstrasi jalanan pada hujung minggu ini.
Pengerusi PESAKA Wilayah Persekutuan, Hj. Adnan berkata, beliau dan anak-anak buahnya bersedia dan sanggup turun pada bila-bila masa saja sekiranya diberi arahan untuk menyekat kemaraan perhimpunan haram tersebut.
“Ribuan anak-anak silat akan turun dan kami rela pergi untuk mati demi mempertahankan keamanan negara dan DYMM Yang DiPertuan Agong, beri saja arahan!,” katanya di majlis yang sama.
Selain itu, PESAKA juga turut akan menghantar satu memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bagi menggesa Baginda untuk melucutkan kewarganegaraan kepada mana-mana individu bukan bumiputera yang menyertai perhimpunan itu.
Memorandum yang akan diserahkan sebelum 9 Julai ini turut memohon DYMM Yang DiPertuan Agong untuk menggunakan kuasanya sebagai pemimpin tertinggi negara untuk bertindak membuang daerah dan menggantung mana-mana ahli politik atau individu bumiputera yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Jeritan tersebut turut disambut oleh wakil dari Persatuan Seni Silat Gayung Laksamana, Pak Guru Tabib Zakaria Uteh, yang berkata bahawa anak-anak silat tidak pernah gentar untuk mempertahankan keamanan negara dan kedudukan Islam di negara ini.
“Apa guna kita datang ke sini sekiranya kita takut mati, kami membantah Bersih 2.0 dan cubalah sertai perhimpunan yang diketuai oleh Ambiga itu jika berani,” katanya.
Selain itu, wakil dari Persatuan Silat Gayung Makrifat, Hj. Azam pula meminta agar Kerajaan bertegas kepada penganjur dan pertualang negara tersebut sekiranya tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang lagi.
“Tolonglah bertindak tegas terhadap mereka, jangan sampai kami cabut kepala mereka satu persatu dan cukuplah dengan apa yang berlaku pada 13 Mei dahulu,” tegasnya di dalam mesyuarat itu.
Wakil Persatuan Seni Silat Selendang Merah pula meminta agar satu program solat hajat perdana diadakan bagi memohon dari Allah untuk menghalang perhimpunan ini berlaku dan menyusahkan rakyat negara ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PESAKA, Datuk Seri Ali Rustam, dan lebih 200 pertubuhan serta persatuan silat dari seluruh negara termasuk Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Sendeng, Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani, Pertubuhan Silat Cekak Malaysia serta banyak lagi.
Mereka sebulat suara berikrar untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan bersedia bila-bila masa untuk menentang kekacauan yang cuba dicetuskan oleh peserta-peserta demonstrasi jalanan tersebut.
“Jika tidak mahu berhadapan dan lawan dengan kami, jangan sertai perhimpunan haram tersebut,” kata salah seorang Guru Utama yang hadir di majlis itu. – mynewshub.my
7 ulasan:
Pehh. Bunyi macam nak perang je ni.
ini bukan cara Nabi Muhammad S.A.W.
jgn parang tu penggal kepala org melayu sesama melayu pulak.. org cina btepuk tangan
da sampai masanya baru lah org melayu dan islam sedar kuasa dah xde...skrg ni sdg di peralatkan ...pun x sedar lg...pas dah ubah matlamat..umno kekal dengan matlamat perjuangan nya..x mau tunduk dgn kaum lain...itulah tongkat orang melayu dan islam sebenarnya...
Anonymous said...
jgn parang tu penggal kepala org melayu sesama melayu pulak.. org cina btepuk tangan
July 03, 2011 5:24 PM
Ni yang ko belajar dari sekolah selama ni?
This statement taken from
"really, Silat? Did you know that there are many shooting range out there. And many people are paying to learn to shoot a gun when they do not posses any license to carry any firearm. Check and see for yourself. Silat vs Gun or Keris vs Gun. That will be the day. I want to see the bullets bounce from your chest just like it bounce from superman eyeball. Don't be so naive and silly. People are smuggling guns inside the country. This can be seen from the increase of ROMPAKAN BERSENJATA API. Common people are leaning to use firearms and practicing using it at the range when they have no license to carry firearms. Most of them are not criminals. Even those selling Ba Kut Teh or Chesnut are going to the range to learn to shoot. PDRM, check on this, PDRM have again fail to check on a highly security issue concern just like what happen with Al-Maunah. This is a serious threat to the national security. Shooting range should be closely monitor. Any person without any firearms license should not be allowed in a shooting range, unless under supervision. Wow, from BERSIH to ALTANTUYA to SILAT vs GUN...."
I truly loѵe your blog.. Εxсеllеnt
colorѕ & theme. Did yоu build thiѕ site yourself?
Рleаse reply baсk as I'm trying to create my own site and would like to know where you got this from or exactly what the theme is named. Thank you!
Here is my web site :: garden center signs
Catat Ulasan