Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 26 Mac 2011

VIDEO SEKS DALAM MASYARAKAT ANGKARA PERMAINAN POLITIK ...!!!!!!!!


Sudah lama Penulis Smart Generation tidak menulis di dalam ruangan blog ini untuk memberikan pandangan dan pendapat mengenai isu-isu yang berlaku di dalam negara kini.Sudah tentu banyak cerita-cerita dan peristiwa yang penulis terlepas untuk memberikan pandangan dan pendapat.Namun,kini muncul satu lagi isu baru dalam arena politik tanah air iaitu kita dikejutkan dengan satu pendedahan Video Skandal Seks seorang pemimpin utama pembangkang oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebelum ini iaitu ``Datuk T`` dan kini identiti mereka telah di dedahkan.
Video Seks ini buat kali pertamanya telah ditayangkan kepada semua pengamal-pengamal Media di sebuah Hotel Mewah di ibu negara dan menyebabkan berita dan isu ini menjadi begitu sensasi dan meletup.Memang bijak permainan ``Datuk T`` ini untuk mengsensasikan mengenai Video Skandal Seks ini ,kerana mereka tahu bahawa pihak medialah yang akan menjadikan berita ini semakin sensasi dan terus sensasi ke dalam masyarakat.Dalam masa satu hari pendedahannya sahaja oleh media Pro-Kerajaan dan Pro-pembangkang Video Skandal Seks ini tersebar ke seluruh pelusuk tanah air.


Namun yang menjadi persoalan,motif pendedahan Video Seks ini ..????.....siapakah yang memasang Kamera CCTV di dalam bilik Hotel tersebut..???..sudah tentu ada motif....

atau....Video ini memang sengaja di buat untuk membunuh karier Politik Pemimpin utama pembangkang tersebut.....

Adakah video ini asli dan tidak ada sebarang manipulasi...?????


kalau Video ini boleh di buat-buat,maka ramailah nanti yang akan menjatuhkan musuh-musuh mereka dengan membuat Video seperti ini....!!!!!!...Video Seks pemimpin akan tersebar secara meluas....tidak kira pemimpin dari kerajaan ataupun pembangkang.....


Banyak persoalan akan timbul dan semakin banyak andaian dan spekulasi akan tercetus...Pelbagai penafian dan cerita-cerita baru akan timbul jika Video Skandal Seks ini tidak di hentikan dalam masyarakat....


Masyarakat dan rakyat akan dirosakkan pemikiran mereka dengan politik kotor dan lucah ini.....Jangan salahkan generasi muda jika semakin banyak gejala sosial yang berlaku....sejak dari dulu hingga sekarang Politik kotor dan seks ini di dedahkan kepada umum......


Rakyat dan masyarakat bukan mahu pemimpin politik membuat lakonan dan adegan yang sensasi dan meletup....bukan mahukan permainan politik.....


tetapi rakyat dan masyarakat mahu nasib dan hak mereka terbela...sampai bila permainan politik ini akan habis....??????

Rakyat dan masyarakat negara ini akan rugi dengan sikap pemimpin mereka sendiri tidak kira kerajaan ataupun pembangkang...!!!!!!!!!!!!



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse