Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 30 Mac 2011

SEBUAH KEHIDUPAN.......





Bila kita memikirkan mengenai kehidupan ini...sudah tentu pelbagai persoalan akan muncul dan menjelma dalam benak pemikiran kita..Kehidupan yang kita lalui ini tidak semudah yang kita sangka kan...Sejak kelahiran kita...daripada kita mula-mula menghirup udara kehidupan di atas muka bumi ini sehinggalah kini...kita sebenarnya hanyalah diberikan peluang sementara untuk merasai nikmat kehidupan di atas dunia ini...Mungkin kehidupan yang dianugerahkan kepada kita itu adalah kehidupan yang bahagia...dan mungkin juga merupakan satu kehidupan yang sengsara...

Apabila melihat akan orang lain yang diberikan nikmat yang cukup baik di dalam dunia ini...dengan kehidupan yang lengkap dan mewah...perasaan cemburu akan hadir jika kita tidak pernah merasai atau di kurniakan nikmat yang sebahagian....tetapi mungkin itu semua hanyalah satu ujian kepada kita di atas muka bumi ini...Biarkan mereka diberikan nikmat yang sebahagian...kerana itu semua adalah sementara...tapi benarkah begitu..???

Setiap perjalanan yang kita lalui dalam kehidupan ini adakah sudah ditetapkan atau sedang diaturkan oleh diri kita sendiri.Sejauh manakah perjalanan yang kita mau lalui untuk meredah kehidupan ini.Perasaan kita diberikan dengan pelbagai rasa...hati kita mungkin mudah untuk berubah-ubah...kehidupan yang dicorakkan dalam diri kita mungkin hanya satu lakonan dan drama yang wayangnya dicipta oleh diri kita sendiri...


Adakah kita mahu terus membiarkan bayang-bayang dalam kehidupan ini terus menghantui kita...Adakah kita mau melalui perjalanan hidup ini mengikut apa yang telah ditetapkan kepada kita atau kita sendiri mahu merubah jalan hidup kita ke arah yang lebih baik....Mungkin pelbagai persoalan yang akan kita lontarkan dalam kehidupan pilihan kita ini...Kita sendiri masih kurang jelas dengan kehidupan yang kita lalui sekarang...Tapi sampai bila harus kita membiarkan persoalan ini terus menghantui pemikiran kita..Adakah kita sudah cukup bersedia untuk membuat perubahan besar dalam hidup kita...Hidup yang mungkin akan menemui penghujungnya,tetapi sebelum menemui penghujungnya hidup ini haruslah dipenuhi dengan segala macam bekalan hidup dan dituang dengan ilmu yang penuh sebagai bekalan kepada kehidupan kita yang akan kekal abadi suatu masa nanti....




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse