Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 3 Mac 2011

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA:SEJAUH MANA ETIKA DALAM BERPOLITIK DIAMALKAN...?????




salam kepada semua...



Pilihan Raya Kecil di dun Kerdau dan Merlimau masih lagi hangat sekarang ini.Menyaksikan pertandingan 2 penjuru di kedua-dua kawasan ini antara Calon Barisan Nasional dan Parti Pas.Bermacam cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang proses berkempen di kedua-dua kawasan ini.Setiap pasti sudah tentu akan menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera untuk memastikan kemenangan calon mereka.
Penulis Smart Generation masih ternanti-nanti perubahan dalam landskap politik di Negara kita.Namun ternyata perubahan itu bukan mudah untuk direalisasikan jika kita semua tidak bersedia merubahnya.Apabila kepentingan Politik melebihi segala-galanya maka perkara yang baik untuk kepentingan bersama tidak mampu untuk direalisasikan.Sistem Politik yang bersih dengan cerminan akhlak islami masih lagi jauh daripada Parti-Parti Politik yang bertanding.Namun,perkara ini boleh di ubah jika semua Parti Politik di Negara ini sedia berubah.


Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dan sedia berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat.Parti-Parti Politik sudah tentu sedar akan perkara ini.Namun,Parti-Parti Politik masih lagi bermain wayang dan syok sendiri berkempen untuk memenangkan calon mereka.Pelbagai janji manis Pilihan raya,Pelbagai bantuan,sehinggakan semua Pemimpin-pemimpin ini turun ke setiap rumah pegundi untuk meraih undi.Perkara ini memang baik dan wajar di contohi.Tetapi adakah hanya semata-mata bila menjelangnya Pilihan Raya baru nampak batang hidung pemimpin di kampung-kampung dan bersama rakyat.?Adakah semata-mata mahu meraih undi?...


Parti Politik di Negara ini harus sedar bahawa mereka perlu membawa perubahan dalam sistem Politik dan Pilihan Raya di Negara ini.Jangan jadikan Politik sebagai medan Peperangan kerana kita berpolitik bukan untuk mencari lawan dan musuh,bukan juga semata-mata untuk menang Pilihan Raya,tetapi Politik ini lebih besar dan luas maksudnya.Politik yang bersih dan adil sering kali dilaung-laungkan,tetapi sudah cukupkah sekadar laungan mahukan Politik yang bersih dan adil sedangkan Parti Politik itu tidak bersih dan adil dalam berpolitik...????


Penulis Smart Generation tertarik dengan Nasihat 2 orang Pemimpin Politik di Negara kita mengenai Politik dan Pilihan Raya,Alangkah bagusnya jika Nasihat ini dapat direalisasikan dan menjadi pegangan semua Parti Politik yang bertanding:-


Perang pun ada syarat, dakwah perlu berhemah
Aziz Muda         
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Setiap pejuang Islam termasuk para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan memainkan peranan lebih berkesan dalam dakwah kerana penubuhan PAS bukan semata-mata untuk politik Islam, tetapi juga berdakwah.

Oleh itu, setiap pemimpin dan ahli-ahli PAS bukan sahaja perlu mendekati orang-orang Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam bagi mengajak mereka bersama-sama mengesakan Allah di muka bumi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, menyedari hakikat itulah, PAS sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan mereka yang bukan Islam asalkan mereka boleh menerima perjuangan PAS.

Menurut beliau, perkara itu memang sudah amat jelas sejak sekian lama dan ia tidak sepatutnya disalah anggap oleh pihak-pihak lain, melainkan mereka yang sememangnya berniat tidak baik terhadap PAS.

"Dalam rangka kerjasama dengan mereka yang bukan Islam, kita tidak perlu takut ditipu kerana sekiranya ditipu cukuplah bagi kita Allah yang menolong kita," katanya dalam pertemuannya dengan para editor dan wartawan Harakah serta Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Jadi kepada yang beragama Islam, menurut beliau, tetapi tidak beramal dengan ajaran Islam, perlulah didekati oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menyedarkan mereka supaya kembali ke jalan Allah.

"Manakala kepada yang bukan Islam, perlulah kita dekati mereka untuk mengajak mereka bersama-sama dengan kita untuk mengesakan Allah," katanya.Dalam pertemuan itu, beliau turut mengingatkan, dalam menyampaikan dakwah, penulisan merupakan suatu medium yang amat berkesan, lebih-lebih lagi dengan kewujudan internet kini sehingga membolehkan munculnya media online.

Sejajar dengan itu, setiap penulisan perlulah dioleh dengan baik agar mendatangkan kesan yang baik kepada mereka yang menjadi sasaran penulisan itu dan pihak lain yang turut membacanya.
Beliau turut mengingatkan agar setiap penulisan yang dihasilkan oleh para editor dan wartawan Harakah dan Harakahdaily bersih dari serangan peribadi seseorang kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik dalam kegiatan dakwah.

"Jika kita hendak membetulkan Umno BN, fokus kita adalah dengan menegur dasar-dasarnya yang tidak betul, penyelewengan yang dilakukan, salah guna kuasa yang berlaku dan sebagainya," tegasnya.Dalam menyampaikan dakwah pula, beliau turut mengingatkan semua pihak agar berhemah dan berdakwah dengan lemah lembut seperti yang diarahkan oleh Allah kepada Nabi Musa dan Harun ketika berdakwah kepada Firaun.

"Dengan itu, barulah dakwah kita akan mendatangkan kesan yang baik, bukannya dengan cara berperang. Malah kalau berperang pun, kita tetap juga diperintahkan Allah agar menjaga syarat-syaratnya kerana dalam Islam, berperang pun adalah juga untuk berdakwah," ujar beliau.-Harakahdaily



HADAPI PILIHAN RAYA DENGAN AKHLAK ISLAMI:-
Oleh Nasruddin Hassan Tantawi

1. Kita adalah mewakili Gerakan Islam yang menyertai politik berpilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk meloloskan Islam dari kepungan jahiliyah moden hari ini mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun selama mana cara dan kaedah itu diizinkan oleh syara' .


2. Justeru itu, penyertaan dan penglibatan kita dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh rasa ingin berpilihanraya semata atau didesak keinginan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh semata, sebaliknya ia adalah didokong oleh prinsip untuk menjulang Islam dan segala syariatnya agar menempati ruang yang selayaknya sebagai cara hidup [ way of life ] pula mengatasi kedudukan ideologi ciptaan manusia.

3. Bertolak dari nokhtah ini, partisipasi kita dalam seluruh kegiatan politik tanahair hari ini adalah satu ibadah atau pengabdian diri kita kepada Allah swt. Justeru itulah, kita bertanggungjawab pula untuk memastikan setiap langkah kita dalam sebarang aktiviti politik ini, samaada dalam aspek menggaris matlamat, melakar objektif, merencana strategi dan mengurus operasi, segalanya mestilah berlandaskan syariat dan akhlak Islami.

4. Tindakan yang dihambat emosi, dihasut nafsu dan dirasuk dendam adalah suatu yang mesti dielakkan dalam gerak langkah kita berkempen dan mencari sokongan politik. Bahkan apa yang wajar dan sayugianya ialah setiap pimpinan dan ahli PAS mempamerkan qudwah yang unggul dan uswah yang luhur mencerminkan bayangan akhlak terpuji didikan Rasul saw.

5. Jauhkan diri dari politik maki hamun dan caci nista biapun saat mendepani provokasi luarbiasa dari pihak lawan. Kekalkan rentak berakhlak sekalipun dilatari kebingitan melampau yang mencabar rasa dan cita kita sepanjang tempoh perjuangan, khasnya di saat mendepani detik pilihanraya umum atau kecil.

6. Bukankah Allah swt mewahyukannya kepada kita semua :

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين   

Maka dengan sebab Rahmat [yang melimpah] dari Allah swt [kepadamu Wahai Muhammad], Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka [sahabat-sahabat dan pengikutmu], dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka [mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu], dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan [peperangan dan hal-hal keduniaan] itu. kemudian apabila Engkau telah berazam [Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu] maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Surah Aali Imran : 159

7. Ayat ini sebahagian dari strategi penting yang perlu dilaksana dan dihayati untuk menghasilkan kesan mendalam dalam urusan kempen kita sepanjang  tempoh pilihanraya. Sementara umum mengetahui bahawa pilihanraya adalah  berkait dengan undi yang ingin diperolehi dari rakyat atau pengundi. Maka ia memerlukan satu pendekatan yang lunak dan meyakinkan pengundi untuk mereka hampir dengan kita lalu memberikan undinya kepada kita.

8. Pilihanraya bukan medan peperangan untuk menghunus senjata tajam seumpama pedang guna memenggal leher lawan dan menebas betis penghalang, tetapi pilihanraya adalah gelanggang untuk memenangani hati pengundi agar memberi peluang serta kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan mewakili mereka dalam satu - satu kawasan pilihanraya yang ditandingi.

9. Akhlak menjadi senjata berkesan di medan pilihanraya justeru ia berkait dengan usaha konsisten untuk memenangi hati pengundi. Memenangi pilihanraya, kita perlukan undi dari semua pihak sekalipun bukan dari kalangan kita. Maka hal ini hanya boleh dicapai apabila kita berjaya memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk memberi sokongan kepada kita. Hanya akhlak mulia [ Islami ] yang boleh memenangi hati manusia. Caci nista pula menjauhkan kita dari mereka dan menjarakkan mereka dari kita.

10. Kawal diri dan kekang emosi terutama saat berdepan provokasi. Marilah kita bina suasana politik baru yang berteraskan politik Rasulullah saw. Terutama pada hari perarakan penamaan calon dan hari akhir sewaktu merayu undi, sekali lagi saya seru agar elakkan diri dari melontarkan kalimah dan slogan yang tidak mencerminkan ketinggian budi dan akhlak muslim. Berwatak matanglah dalam memimpin slogan serta aksi tanpa mencemuh pihak lain. Pilih slogan yang boleh menaikkan semangat juang dengan penuh hemah.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yang sangat berguna..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse