Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 28 Mac 2011

POLITIK NEGARA MALAYSIA




Politik Negara Malaysia......

Apakah kesudahannya...?????.....Adakah tampuk kuasa itu akan kekal....atau bagaimana...????...
Politik kini semakin jauh daripada nilai untuk mengangkat kepimpinan dan kewibawaan....
Politik yang semakin di cemari dengan pelbagai skandal dan tohmahan.....
Politik yang semakin jauh lari dari hati dan akal budi manusia.....
Politik yang semakin pincang dek kerana gilakan kuasa dan takut kehilangannya....


Politik itu....
bukan lagi untuk mengangkat darjat kepimpinan....tetapi politik untuk mempersendakan pemimpin....

bukan lagi untuk menjulang keilmuan.....tetapi politik yang menyemarakkan kejahilan.....
 
bukan lagi untuk memperjuangkan nasib dan hak rakyat...tetapi politik untuk peribadi dan keluarga...

 bukan lagi untuk mempertahankan kedaulatan negara...tetapi politik untuk mempertahankan kuasa.....


Politik itu.....


semakin hari..semakin di cemari dengan pelbagai kontroversi....

semakin hari semakin dibenci oleh rakyat madani.....

semakin hari semakin kotor dengan serangan peribadi...

semakin hari semakin jauh dari nilai akal budi.....

semakin hari semakin membusuk di dalam sanubari.....


Politik itu.....

 tidak kenal siapa....tidak kenal pangkat dan harta.....

tidak ada yang lebih penting.....melainkan kuasa.....

tidak ada yang harus dipertikaikan lagi....apabila mempunyai takhta....

 tidak ada lagi sikap tanggungjawab dan amanah selaku penguasa......

tidak ada lagi sifat simpati dan berbudi jika mahu berkuasa....



Politik itu....

Ada banyak teori......pelbagai teori daripada ilmuan dan tokoh sejagat...

tidak kira daripada Machievili ataupun golongan falsafah....

semuannya mempunyai pandagan yang tersendiri berkaitan politik....


Namun rakyat tidak begitu.....

rakyat mahukan politik yang menjaga kebajikan mereka...

rakyat mahukan politik yang tidak terlalu gilakan kuasa.....

rakyat mahukan politik yang tidak sekadar berpura-pura sewaktu pilihan raya...

rakyat mahukan politik yang membawa kepada kemajuan negara...

rakyat tidak mahukan politik untuk anak beranak penguasa...

rakyat tidak mahukan politik yang sensasi di dalam berita dan media...

rakyat tidak mahu melihat lakonan dan aksi-aksi pemimpin bersandiwara atau berasmara...

rakyat mahu politik itu....diikuti dan dituai dengan selayaknya.....



sekian....
daripada:Penulis Smart Generation......






Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse