Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 4 Mac 2011

REVOLUSI :SATU KEBANGKITAN SEMANGAT ANAK MUDA....!!!!!!!!!




salam kepada semua...



Pada hari semalam 3 March 2011,Penulis Smart Generation telah di jemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) untuk menyampaikan Pidato yang bertajuk Revolusi di Tunisia-Mesir dan Libya bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Sememangnya Program seperti ini sangat baik bagi memberikan penerangan yang sebenar mengenai situasi dan kebangkitan rakyat yang sedang hangat berlaku terutama di Timur Tengah.Sebagai Mahasiswa,kita harus tahu dan mengkaji proses Revolusi yang telah berlaku sekitar peristiwa di Mesir,Tunisia dan Libya.Mmemang tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi,penglibatan anak muda dalam mencetuskan revolusi di ketiga-tiga negara ini.


Daripada Ben Ali kepada Hosni Mubarak dan kini Muammar Gaddafi merupakan susuk pimpinan yang telah lama dan berdekad lamanya menjadi kerajaan Pemrintah serta penguasa Negara.Namun negara-negara ini iaitu Tunisia,Mesir dan Libya masih lagi dibelenggu dengan kadar kemiskinan rakyat yang tinggi,Rasuah yang berleluasa,Kronisme dalam pentadbiran kerajaan dan juga Rompakan harta rakyat yang memberikan kemewahan hidup kepada Pimpinan kerajaan.Siapa yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah dan penguasa seperti ini?...Sudah tentulah rakyat yang menjadi mangsa sehingga merempat di negara sendiri.Anak-anak Muda terutama lepasan Universiti yang tidak mendapat pekerjaan dan kadar penggangguran yang tinggi menyebabkan Kadar kemiskinan tidak dapat dibendung lagi antara faktor yang mencetuskan Revolusi di Negara-negara ini.


Bagaimana Revolusi ini boleh tercetus?Bermula daripada Tunisia oleh seorang anak muda yang di Zalimi di Negara sendiri.Mohammed Bouazizi seorang Graduan yang menggangur yang terpaksa menyara keluarganya dengan menjual sayur-sayuran di tepi jalan tanpa Permit.Gerai beliau telah di sita dan dikatakan telah dikasari oleh Pihak Berkuasa tempatan di Negaranya sendiri namun tidak mendapat pembelaan.Sebagai Tanda Protes terhadap tindakannya ini beliau telah membakar dirinya di hadapan bagunan kerajaan.Gambaran kisah ini memberikan kepada kita satu gambaran mengenai ketidakadilan pemerintah kepada rakyatnya.Peristiwa ini telah menyebabkan kebangkitan rakyat di Tunisia yang simpati dengan apa yang telah berlaku kepada anak muda ini dan tercetusnya satu kebangkitan rakyat Tunisia untuk menggulingkan Pemerintah mereka yang Zalim iaitu Presiden Zine el-Abidien Ben Ali yang telah memerintah selama 23 tahun dan kini telah melarikan diri keluar daripada Negarannya sendiri dan hidup dalam buangan.Laila Ben Ali iaitu isteri kepada Ben Ali membelanjakan harta kerajaan seperti wang itu miliknya.Harta-harta kerajaan dibelanjakan untuk kepentingan peribadi terutama memenuhi minatnya yang sukakan kereta-kereta mewah.Bukan itu sahaja Kebebasan bersuara di Tunisia juga turut di sekat,Ramai Journalist yang mahu menegakkan kebenaran telah dipenjarakan serta Parti Islam dan pemakaian hijab telah di haramkan.Mungkin kerana faktor inilah rakyat Tunisia Bangkit melawan kerana tidak tahan lagi ditindas dan menjadi mangsa di Negara sendiri.


Begitu juga dengan Revolusi di Mesir turut di cetuskan oleh Susuk Anak muda yang mahukan pembelaan kepada rakyat Mesir.Namun,di Mesir seperti tidak terjangka bahawa medium Facebook dan Media baru telah memainkan peranan penting dalam situasi yang telah menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak.Khaled Said seorang anak muda di mesir yang telah mendedahkan salah laku Polis di Negara itu dengan mendedahkan Video Anggota Polis mengedarkan wang kepada Pengedar Dadah.Beliau telah di bunuh dengan kejam oleh 2 orang anggota Polis mesir.Kejadian itu dilihat sendiri oleh beberapa orang saksi bagiamana Khaled di bunuh dengan kejam.Namun,Polis Mesir mengeluarkan kenyataan bahawa Khaled mati tanpa kecederaan Parah dan kerana terlebih mengambil dadah.Peristiwa ini menyebabkan kemarahan anak-anak muda mesir dan tercetusnya satu kebangkitan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir sebagai menuntut pembelaan kepada Khaled dan sekaligus menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun.


Rakyat mesir terutama anak muda telah membangkitkan kesedaran kepada semua lapisan rakyat mesir untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim dan diktator.Sudah lama rakyat mesir menantikan saat kejatuhan rejim Mubarak ini.Harta kekayaan Hosni Mubarak yang dikatakan lebih 700  Bilion Us Dollar dan lebih kaya daripada orang yang terkaya di Dunia sudah menggambarkan kepada kita bagaimana pemimpin Negara ini merompak kekayaan harta rakyat dengan berleluasa.Kadar kemiskinan dan Pengganguran dan Inflasi yang tinggi antara sebab kejatuhan kerajaan Mesir ini.Walaupun Pihak Kerajaan telah memutuskan Sistem Internet  dan komunikasi sewaktu berlangsungnya revolusi ini,Namun kemarahan rakyat mesir tidak terbendung lagi apabila semakin ramai yang memenuhi dataran Tahrir sehingga Lumpuh sistem Ekonomi di Mesir buat seketika.Selama berminggu-minggu rakyat mesir memperjuangkan untuk menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak dan akhirnya Keangkuhan Hosni Mubarak telah diajar oleh rakyatnya sendiri.


Revolusi yang telah berlaku kini merupakan satu kebangkitan rakyat untuk menghukum pemerintah mereka yang zalim dan diktator.Revolusi yang berlaku ini lebih sekadar emosi yang membuak-buak dikalangan rakyat yang merasakan bahawa nasib mereka ditindas dan tidak terbela.Apa yang berlaku hanyalah perubahan kepimpinan semata-mata,Namun sistem yang digunakan tetap sama.Barat terutama Amerika dan Yahudi Israel akan menggunakan peluang ini untuk memastikan agenda mereka untuk melemahkan umat islam akan tercapai.Oleh sebab itu kita harus menilai dan mengkaji sedalam-dalamnya Proses Revolusi yang berlaku di Negara-Negara Timur tengah ini supaya tidak ada campur tangan asing terutama tangan-tangan kotor Yahudi dan Amerika yang berselindung di sebalik Revolusi ini yang hanya memberikan keuntungan kepada mereka.Biarkan Rakyat sendiri yang menetukan nasib mereka di Bumi sendiri.Jangan biarkan Maruah Negara kita dicemari dengan campur tangan asing yang sememangnya menantikan saat-saat ini untuk menggunakan segala peluang yang sedia ada untuk melemahkan umat islam itu sendiri.Revolusi yang terjadi di Timur Tengah ini tidak mustahil akan bertiup ke Asia dan Negara kita jika Rakyat di Tanah Air ini terus di zalimi di Negara sendiri.Pemerintah terutama kerajaan harus menjadikan pengajaran perisitiwa yang terjadi di Timur Tengah dan jangan sesekali nafikan hak dan kuasa rakyat.Pastikan memerintah Negara ini dengan adil dan tidak menutup ruang-ruang kebebasan yang mencengkam hati dan jiwa rakyat.Jika Kerajaan yang memerintah benar-benar mengambil kira hak rakyat,maka rakyat akan terus menghormati kerajaan yang memerintah.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse