Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 30 Mac 2011

perjalanan kehidupan.......






Sinaran fajar mentari di waktu pagi.....Angin yang bertiup mendayu memberi ketenangan....Bulan yang menyinari kegelapan malam...Bintang-bintang yang terus menjadi peneman ....masih lagi menemani kita sehingga kini...

Dalam perasaan ini...aku menyimpan pelbagai impian dan harapan dalam kehidupan....walaupun pelbagai rintangan dan halangan pernah ku lalui sepanjang kehidupan ini..aku yakin dan pasti bahawa halangan dan rintangan ini tidak akan pernah berhenti mengejarku untuk terus memberikan aku kekuatan dan semangat bagi meneruskan kehidupan ini....
Memang benar..jika kita fikirkan...jika diri ini tidak diberikan sebarang cabaran dan ujian..sudah tentu kita akan sentiasa merasakan bahawa kehidupan ini tidak bererti buat kita...kita tidak akan merasakan kemanisan dan kepahitan dalam kehidupan jika kita tidak pernah melalui ranjau berduri...Kehidupan yang penuh dengan onak dan cabaran inilah yang membuatkan kita semakin matang memikirkan perjalanan hidup kita pada masa depan...

Andai masa boleh diputar kembali..sudah tentu kita akan menyesal dengan segala perkara dan dosa yang kita lakukan sebelum ini...Namun...walaupun masa itu dibenarkan berputar kembali..tidak mustahil untuk terus kita mengulangi kesilapan itu..kerana kita manusia yang tidak pernah serik dengan apa yang telah kita lakukan sebelum sampai hidayah dan kesedaran dalam kehidupan kita...Adakah kesedaran itu akan datang kepada kita atau kita sendiri yang perlu mencarinya....itulah yang harus kita ketahui.....

Perasaan yang diberikan kepada kita....membuatkan kita merasai segala nikmat pinajaman yang diberikan kepada diri kita ini...Namun...kita langsung tidak pernah menghargai perasaan itu terutama jika perasaan itu membuatkan kita hidup tidak keruan dan kecewa....perasaan yang kita mahukan adalah perasaan cinta dan kasih sayang..tetapi kemungkinan perasaan kasih dan sayang itu bisa bertukar menjadi dendam dan benci jika tidak diberikan perhatian sepenuhnya...Waktu itu akan terus berputar..perasaan itu tidak akan kekal untuk selamanya....Namun harapan kita agar perasaan yang jahat itu akan cepat berlalu dan perasaan kasih dan sayang itu akan terus kekal dalam hidup kita....












Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse