Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 7 Mac 2011

FORUM DISKUSI :GERAKAN MAHASISWA-``IMPLIKASI TERHADAP PILIHAN RAYA KAMPUS`` ANJURAN KARISMA


salam kepada semua...


Penulis Smart Generation mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KARISMA (Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia) kerana telah menjemput penulis sebagai ahli Panel membincangkan topik  diskusi:GERAKAN MAHASISWA-IMPLIKASI TERHADAP PILIHAN RAYA KAMPUS bertempat di Dewan Seminar,Pejabat Karisma,Restoren Warisan Dataran Merdeka pada 4 Mac 2011 yang lalu.


Antara Objektif Forum ini diadakan adalah :-

1.Mengupas isu semasa mengenai Pilihan Raya Kampus
2.Memberikan suatu penjelasan dan penerangan dengan lebih jelas lagi kepada semua mahasiswa tentang penggunaan AUKU
3.Melihat sejauh mana AUKU memberi kesan terhadap Pilihan Raya Kampus.



Antara Ahli Panel yang bersama-sama Penulis dalam Forum Diskusi ini ialah  En. khairul Azam Aziz, penganalisis politik merangkap penasihat undang-undang dan Panel Khas TNC HEPA UPM Prof Dr Mohd Fauzi B Hj Ramlan.Turut Hadir ialah Datuk Fuad Hasan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA).


Pelbagai perkongsian idea dan pendapat dikalangan ahli Panel dikongsi bersama dalam Forum Diskusi seperti ini yang di lihat sebagai satu platform yang terbaik buat mahasiswa untuk lebih mengetahui mengenai peranan dan tanggungjawab mereka.Penulis Smart Generation juga merasa bertuah kerana di berikan peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat di dalam Forum Diskusi Mahasiswa yang diadakan ini.Sebagai seorang yang bergelar Mahasiswa sudah tentu Penulis mahukan Mahasiswa di berikan ruang dan peluang yang lebih banyak untuk menyatakan pendapat dan pandangan sebagai Mahasiswa.
Perkara paling penting yang penulis tekankan di dalam Forum Diskusi ini adalah menyatakan bahawa Mahasiswa harus bebas dan tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana Parti Politik di Negara ini supaya Mahasiswa bebas dalam menilai dan menyatakan pendapat mengenai sesuatu isu yang berlaku di dalam Negara ini.Mahasiswa harus bersatu atas nama Mahasiswa dan memperjuangkan Idealisme Mahasiswa itu sendiri.Penyatuan Mahasiswa adalah perkara yang dapat memberikan kekuatan dan semangat kepada Mahasiswa untuk memperjuangkan sesuatu isu tanpa mengira ideologi dan pandangan Politik.Mahasiswa harus mengembalikan kekuatan Mahasiswa supaya terus di rasai kewujudan di dalam Negara ini sebagai golongan intelektual yang sentiasa Peka mengenai situasi rakyat dan segala Fenomena yang berlaku di dalam Negara tidak kira dari pelbagai aspek.Identiti sebagai Mahasiswa harus diperkasakan untuk menjadi suara ketiga dalam Negara dan sentiasa menyatakan pandangan dan pendapat serta cuba untuk memberikan idea yang lebih baik kepada pihak kerajaan.

Sekali lagi Penulis Smart Generation mengucapkan terima kasih kepada Pihak Penganjur Forum ini iaitu
Bahagian Pembangunan KomunitiJabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse