Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 11 Mac 2011

EKOPELANCONGAN DI PULAU PANGKOR


salam kepada semua...


Pada ruangan kali ini penulis mahu menceritakan mengenai pengalaman Penulis pergi ke Pulau Pangkor iaitu antara Pulau yang paling terkenal di Malaysia.Kedatangan Penulis ke Pulau Pangkor ini adalah untuk membuat kajian Ekopelancongan (Ecotourism) di kawasan Pulau Pangkor .


Perjalanan ke Pulau Pangkor ini mengambil masa lebih kurang 40 minit dengan menggunakan Feri daripada Jeti Lumut.Sememangnya Pulau Pangkor ini sangat sesuai untuk di jadikan salah satu tempat istirehat buat keluarga ataupun  aktiviti seperti kem dan perkhemahan.


Semasa kami menjalankan kajian di Pulau Pangkor ini kami mendapat banyak maklumat mengenai Pulau ini terutama daripada masyarakat setempat.Pulau Pangkor sememangnya masih ketinggalan daripada Pulau Langkawi.Walaupun kos untuk melancong ke Pulau Pangkor boleh dikatakan rendah,tetapi Pelancong akan terkejut apabila mendapat tahu harga makanan di Pulau Pangkor terutama mereka yang mahu mencuba ikan Bakar di Pulau Pangkor yang kos nya mencecah ratusan dan ribuan ringgit.Harga ikan sebelum di Masak memang kelihatan murah,tetapi harga ikan bakar di sini akan berubah selepas di Masak.Memang bagi kita yang jarang datang ke Pulau Pangkor akan terkejut dengan harga ikan Bakar di sini yang memang langsung tidak munasabah.


Dua kawasan yang menjadi tumpuan di Kawasan Pulau Pangkor ini adalah Pantai Bonga dan Teluk Nipah.kedua-dua kawasan ini memang mempunyai perbezaan.Pertama Pantai Bonga dikatakan lebih Eklusif dan Mahal berbanding dengan Teluk Nipah yang sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana kos yang lebih rendah.Namun akibat daripada Pembinaan di kawasan Teluk Nipah,Pantai di kawasan ini dikatakan tidak lagi seindah dan secantik seperti sebelum ini.Pantai Bonga mempunyai ruang pantai yang lebih luas berbanding dengan teluk Nipah,tetapi Pantai Bonga tidak menjadi tarikan kepada pengunjung dan tidak ramai pengunjung di kawasan ini.Berbeza pula dengan Teluk Nipah yang lebih ramai pengunjung dan kawasan ini kelihatan Padat.



Bagi Penulis,Pengurusan Pulau Pangkor harus membuat penambahbaikan di Pulau Pangkor dan membuat pembangunan secara terancang dan tersusun.Pulau Pangkor harus menjadi tarikan dan tumpuna pelancong jika mempunyai kemudahan yang lengkap dan Permandangan yang menarik.Namun,Penulis masih melihat beberapa kelemahan di Pulau Pangkor yang harus dipertingkatkan di masa hadapan bagi menjamin Pulau Pnagkor sebagai salah satu destinasa pelancongan tumpuan bukan sahaja di dalam Negara malahan di Luar Negara.




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse