Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 12 Jun 2014

SUP KAKI BABI DI HIDANGKAN KEPADA PELANGGAN DI FOOD COURT KUCHING! LAGI UMAT ISLAM TERKENA!




"INI KAKI BABI LEH", AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).
2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.
3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).
4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"
5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.
6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan

BERITA TERBARU :-


PEGAWAI JAIS melakukan pemeriksaan di sebuah premis makanan di pusat beli-belah di Kuching, Sarawak, semalam.
KUCHING 12 Jun - Tidak sampai 24 jam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan ‘kaki babi’ yang didakwa digunakan untuk membuat sup dalam makanan Indonesia yang dijual di sebuah medan selera di pusat beli-belah di sini, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertindak menyerbu dan memeriksa premis makanan itu hari ini.
Gambar menunjukkan ‘kaki babi’ dalam satu mangkuk dan sebelanga sup itu telah dimuat naik ke laman sosial Facebook dipercayai milik seorang pelanggan pada awal pagi ini sebelum dikongsi dan disebar meluas oleh pengguna internet lain termasuk penulis-penulis blog tempatan di negeri ini.
Ekoran kebimbangan itu, sekumpulan pegawai penguatkuasa JAIS diketuai Pegawai Hal Ehwal Islamnya, Mohammad Zarin Bolhasan bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri bertindak menyerbu dan memeriksa gerai yang didakwa menjual ‘sup kaki babi’ itu pada pukul 3 petang ini.
Dalam serbuan itu, pemilik gerai merupakan warga Indonesia iaitu Niluh Ayu Ari Mulyandari, 34, dan suaminya, Chan Chze Jit, 34, rakyat tempatan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Ketika ditemui pemberita, Niluh Ayu mengakui berasa terkejut dengan serbuan itu dan mendakwa hanya mengetahui tersebarnya gambar mengenai sup di kedainya pada pagi ini.
"Saya rasa tidak ada apa-apa (khinzir) dalam makanan yang dimasak, tidak seperti yang dikatakan dan percaya perkara sebenar akan terungkap.
"Walaupun tiada sijil halal, kami mematuhi peraturan yang digariskan oleh pihak pengurusan medan selera ini bahawa makanan yang dijual tidak boleh mengandungi khinzir," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) negeri, Datuk Ir. Daud Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjelaskan tentang perkara itu dalam sidang akhbar selepas mendapat laporan penuh daripada pemeriksaan yang dibuat hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa medan selera di pusat beli-belah itu tidak pernah memohon sijil halal sebelum ini.
"Sebelum ini, sudah beberapa kali disarankan agar umat Islam tidak pergi ke kedai makan yang tidak mempunyai sijil halal," katanya.
"Namun, kita percaya apabila umat Islam membuat laporan, premis makanan tanpa sijil halal ini akan memohon sijil selepas ini kerana sedar kebanyakan pelanggan mereka beragama Islam," ujarnya.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse