Ajal dua beradik
Banting: Dua beradik maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terhumban dan terbalik dalam parit di Jalan Aman, Kampung Seri Cheeding, di sini, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Kedua-dua beradik terbabit, Azma Raifana Marhalim, 21 dan Sarah Khalis Marhalim, 18, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 10.37 pagi sebelum mengejarkan lima anggota ke tempat kejadian.
"MPV Nissan Grand Livina itu dipandu Sarah Khalis dan difahamkan dalam perjalanan menuju ke Nilai sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit berkenaan.
"Sebaik saja mangsa berjaya dikeluarkan, mereka berdua telahpun meninggal dunia dan mayat kedua-duanya yang berasal dari Jenjarom dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan