Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 5 Jun 2014

DOWNTOWN CHERAS BAKAL DI TUTUP! APA KATA ANDA ?

Siapa tidak kenal dengan ‘syurga’ membeli-belah barangan pelbagai jenama pada harga murah iaitu Downtown Cheras yang sudah tentulah sangat sinonim dengan warga kota Kuala Lumpur. Ianya bukan sahaja dikunjungi orang biasa, tetapi turut menjadi tempat untuk para selebriti mendapatkan barangan berjenama pada harga rendah. Ingat artis ni kaya sangat ke? Tidak. Mereka pun sentiasa cari yang murah-murah tetapi berjenama.

Selain dari membeli-belah, para pengunjung juga boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dibuka pada setiap hari terutamanya pada malam minggu.


Bulan lalu kami ada mendengar tentang yang pihak berkuasa akan menghentikan kehangatan perniagaan barangan murah yang selama ini telah banyak membantu ekonomi para peniaga kecil terutamanya bangsa Melayu kerana tapak tersebut telah dijual. Apapun kami menganggap ianya hanya khabar angin.


Pagi ini kami menerima beberapa email yang meminta orang ramai bersuara bersama para peniaga kecil di Downtown Cheras yang agak tersepit dengan notis yang mereka terima ini dan menyatakan mungkin inilah nasib para peniaga Melayu, mengemis di tanah air sendiri.



Dari notis yang disertakan, kelihatan tapak Downtown Cheras kini telah dijual kepada Tetuan Jakel Trading. Sebuat tentang Jakel Trading siapa tidak kenal dengan syarikat popular menjual kain dan pelbagai jenis busana ini.



Dari notis tersebut juga, para peniaga diberikan tempoh masa 1 bulan untuk mengosongkan tapak perniagaan mereka. Notis tersebut juga menyatakan yang tiada tempat ganti akan disediakan pihak DBKL dan mungkin inilah yang membuatkan para peniaga kecil ini agak tertekan kerana hilang punca mencari rezeki.

Ialah, di Kuala Lumpur ini bukan mudah nak jumpa tapak perniagaan yang strategik dan berpatutan bayarannya. Mungkin banyak lagi tempat membeli-belah seperti ini boleh dikunjungi orang ramai seperti Uptown Danau Kota, Uptown Shah Alam dan banyak lagi tapi hal seperti ini pastinya merunsingkan para peniaga kecil Downtown Cheras yang telah lama bertapak di kawasan tersebut.

Apapun kita nantikan perkembangan hal ini. OhMedia rasa memang sah lah akan kena pindah mungkin selepas bulan puasa nanti dari lokasi asal kerana tapak tersebut telahpun dibeli pihak lain. Apapun ke mana mereka akan pindah, itu yang menjadi tanda tanya. Moga Allah permudahkan urusan para peniaga ini.

Sumber :- ohmedia





Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse