Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 5 Jun 2014

PINJAMAN KHAS BUAT PENIAGA BAZAR RAMADHAN TANPA FAEDAH DI BANK RAKYAT

Pinjaman khas untuk peniaga bazar Ramadan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM45 juta bagi Skim Bazar Ramadan 2014.

Najib berkata, skim yang dinamakan Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan adalah pinjaman tanpa faedah yang disediakan khusus untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga juadah berbuka pada bulan Ramadan.

"Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat dan boleh mendapat kelulusan sehingga RM3,000.

"Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal,"katanya pada majlis pelancaran Skim Bazar Ramadan 2014 di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, skim berkenaan adalah bagi menunaikan janji yang dibuat kerajaan pada Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran Senawang, Januari lalu.

Pembiayaan Mikro-i MPPK

Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil (Pembiayaan Mikro-i MPPK)
diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat kepada penjaja dan peniaga kecil
untuk membantu menaik taraf perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

Sehingga RM3,000
Tempoh pembiayaan

Antara 12 - 36 bulan
Ciri Produk

Penjamin tidak diperlukan
Tiada kadar keuntungan
Tiada bayaran proses
Tiada cagaran
Kelayakan

Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
Terbuka kepada individu atau penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan
mikro enterpris secara sepenuh masa
Mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Tidak muflis
Jenis pemilikan yang dibenarkan adalah:
Pemilik tunggal
Persendirian
Perkongsian
Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan Syariah
Menjadi ahli persatuan yang berdaftar
Tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih berjalan di mana-mana bank /
agensi. Bagi pelanggan yang telah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan mikro di
mana-mana bank / agensi, adalah layak memohon pembiayaan mikro di bawah program
ini
Dokumen Semasa Permohonan Pembiayaan

Borang Permohonan Pembiayaan Mikro-i MPPK
Salinan kad pengenalan
Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT)
Caj Perkhidmatan

CAJ DAN PERKHIDMATAN BAGI
INDIVIDU
PERKHIDMATAN TRANSAKSI CAJ
Mikro-i MPPK Duti setem RM5.00 setiap RM1,000.00 atau sebahagian
daripadanya
Takaful Ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami di talian 1-300-88-1BANK (12265).

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut