Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 11 Jun 2014

ABBY ABADI TAMPIL. BERI PENJELASAN KES DERA SUAMINYA! APA KISAH SEBENAR?

Abby Abadi Beri Penjelasan Mengenai Dakwaan Bekas Suaminya



Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan. Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental. Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.
Menurut Farhan, laporan polis itu dilakukan sekiranya terdapat kesusahan dalam proses memohon penceraian dan sekiranya hakim memerlukan bukti. Namun Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya membuat penjelasan panjang lebar mengenai kontroversi ini. Tulis Abby:-

Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup ‘semua’ cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.

Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai ‘ujian’ utk Sy. Wat lek Wat Peace je k



Diharap dengan penjelasan Abby Abadi ini, kita dapat mengetahui cerita daripada kedua-dua belah pihak. Kalau dengar sebelah pihak je memang berat sebelah dan tidak adil. Tak perlulah kita tahu pihak mana yang bercakap benar atau yang menokok nambah cerita. Yang itu biarlah Abby dan Farhan sahaja yang tahu. Kepada Abby dan Farhan, tabahlah menghadapi dugaan ini.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut