1.gerakan mahasiswa masakini tidak matang berpolitik?politik sempit dikalangan mahasiswa merupakan barah yang sedang bernanah di setiap intitusi pengajian tinggi.
2.mahasiswa masakini terlibat dan aktif berpolitik adalah hasil daripada paksaan atau kesedaran untuk membangunkan masyarakat?
3.politik dikalangan mahasiswa harus matang dan tidak terbelenggu dan terkongkong.mahasiswa perlu memainkan peranan mereka sebagai agen masa depan negara.
4.mahasiswa seharusnya memainkan politik atas dasar persaudaraan dan kekeluargaan dan tujuan yang tetap sama iaitu untuk membangunkan masyarakat.
5.walaupun ideologi kita berbeza,perjuangan kita berbeza tetapi di dalam perbezaan itu kita juga mempunyai persamaan.
6.jangan musnahkan masa depan kita dengan mencari musuh dan lawan.carilah seramai mungkin kawan dan sahabat walaupun kita berbeza tetapi prinsip perjuangan kita jangan pernah berubah.
7.mahasiswa akan mampu merubah masa depan negara.politik yang sihat tidak akan merugikan sesiapa pun.kita sama-sama mahu berjuang untuk kepentingan masyarakat dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan