mahasiswa malaysia dari segi rentetetan sejarahnya merupakan mahasiswa yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.mahasiswa juga merupakan golongan yang telah banyak menyemarakkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan.
mahasiswa dilihat dari sudut keintelektualan dan kebijaksanaan mereka.mahasiswa tidak lahir hanya untuk mengenggam segulung ijazah semata-mata.mahasiswa tidak lahir untuk menuntut ilmu pengetahuan semata-mata.tetapi tanggungjawab mahasiswa adalah lebih daripada itu,iaitu menggunakan ilmu pengetahuan yang mereka miliki dan menaplikasi dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian mereka.
mahasiswa sudah tentulah golongan muda yang masih menuntut ilmu pengetahuan tetapi janganlah memandang mereka sebagai seorang budak mentah.mahasiswa yang berdarah muda ini kadang-kadang semangatnya sentiasa menggelegak dan berkobar-kobar dengan didihan semangat dan kekentalan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan negara mereka.
jika dilihat melalui susur galur kempimpinan kerajaan malaysia,semuanya bermula daripada kempimpinan di peringkat mahasiswa lagi.siapa yang tidak kenal dengan TUN DR MAHATHIR bekas mahasiswas universiti malaya singapura,TUN ABDULLAH BADAWI,bekas mahasiswa pengajian islam universiti malaya dan DATO` SERI ANWAR IBRAHIM,bekas mahasiswa akdemi pengajian melayu universiti malaya.
mereka ini merupakan golongan mahasiswa yang mencetus polemik dan krediabiliti mereka yang tersendiri semasa di peringkat mahasiswa.BARACK HUSSIEN OBAMA jika dikaji susur galur pendidikan merupakan bekas kempimpinan mahasiswa semasa menuntut di universiti.
mahasiswa sekarang dilihat seolah-olah mudah dipermainkan dan lemah.mahasiswa hanya menjadi orang bawahan dan ikutan kepada parti politik tertentu untuk dipergunakan.tetapi mereka tidak mencetuskan polemik mereka tersendiri dan kebebasan perjuangan mereka tersendiri.
kenapa mahasiswa tidak berada pada platform bebas?mahasiswa perlu tahu bahawa perjuangan mereka yang tidak kena pada tempatnya bukaN sahaja akan merosakkan dirinya,bahkan akan merosakkan masa depan negara.
mahasiswa yang sentiasa berfikir bagaimana untuk membangunkan bangsanya dan menggunakan ruang dan kesempatan ketika di peringkat pengajiaanya untuk membantu masyarakat merupakan mahasiswa yang berjiwa besar.
pemimpin negara diharapakan tidak memandang rendah akan kemampuan dan juga mempertikaikan idea-idea daripada mahasiswa untuk membangunkan negara.
mahasiswa seharusnya tidak menjadi boneka kepada mana-mana parti politik.tetapi perlu menjadi penyumbang kepada kerajaan.
mahasiswa yang bijak dan mahukan perubahan perlu berada di platform kerajaan untuk memperbaiki kebrobrokan sistem yang ada.mahasiswa yang mahu negara ini diperintah oleh kerajaan yang hadir,kerajaan yang telus dan bebas daripada belenggu rasuah perlu berada di dalam platform kerajaan ini.mahasiswa harus sedar bahawa malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi.yang memilih kerajaan itu adalah rakyat.dan perlu di lihat juga bahawa rakyat itu ada pelbagai lapisan dan kategori.ada rakyat yang berpendididkan dan ada juga tidak berpendidikan.dan jika dilihat dari segi pendidikan itu akan dibezakan pula dengan pendidikan tinggi mahupun pendidikan rendah.rakyat juga ada pelbagai lapisan masyarakat.ada yang kaya daN ada yang miskin.ada juga rakyat yang mahukan supaya negara ini mengamalkan undang2 syariah dan ada juga rakyat yang takut.kesimpulannya rakyat di negara ini ada pelbagai aneka dan ragam masing-masing.
oleh itu,sebagai mahasiswa kita perlu sedar bahawa rakyat di sekeliling kita ini ada pelbagai budaya dan pandangan mereka tersendiri.apa yang kena dengan hati dan jiwa mereka sudah tentulah mereka akan sokong dan apa yang tidak kena sudah tentulah mereka akan bangkang.
jika mahasiwa hanya menyokong parti yang sentiasa membangkang sahaja tidak adil kepada mahasiwa yang lain.
sudah tentulah kita mempunyai pandangan politik yang berbeza.tetapi janganlah kita sanggup menggadaikan maruah keilmuan yang telah kita perolehi.jadilah mahasiswa yang sentiasa hormat dan berpandangan luas dan berfikiran terbuka.
kita semua mahasiswa perlu bersatu hati kearah 1MALAYSIA...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan