Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 28 September 2009

cerita dari jepun

pengalaman di negeri jepun memang sangat berharga bagi prof madya dr abdul jalil othman iaitu pengetua kolej kediaman ungku aziz.

saya berpeluang lagi untuk mendengar cerita terbaru daripada master ketika beliau berada di negara jepun.memang banyak cerita dan pengalaman menarik yang telah diceritakan kepada kami.

pengalaman yang paling berharga ialah mengenai gempa bumi yang berada di jepun dan master merasai sendiri bagaimana suasana dan keadaan gempa bumi di sana.Alhamdullilah master dan keluarga terselamat.menurut cerita daripada master ketika kejadian belaku siren di bunyikan di seluruh tempat di tokyo dan master merasai bunyi siren seolah-olah perang akan belaku.

selain itu,bagi master kehidupan di jepun sangat teratur dan berdisiplin.sebagai contoh,ketika master menunggang basikal dan membawa anaknya sekali..master telah ditahan oleh polis di sana kerana adalah satu kesalahan apabila menungang basikal lebih daripada seorang.master terpaksa menunggu hampir setengah jam dan terasa seperti di layan macam penjenayah walaupun hanya kesalahan kecil.

pengalaman master juga ketika kad untuk memasuki rumahnya rosak.beliau terpaksa berulang alik sebanyak empat kali semata-mata untuk membaiki kadnya yang rosak itu.orang jepun tidak percaya jika dikatakan bahawa peralatan mereka rosak kerana bagi mereka teknologi yang mereka cipta tidak kakan rosak.

master menilai sikap orang jepun ini seolah-olah seperti seorang robot yang mana hanya akan melakukan kerja yang telah diamanahkan untuk dirinya sahaja.sebagai contoh..seorang yang memotong pokok akan memotong pokok sahaja dan orang lain akan membuat kerja yang lain seperti menyapu daun yang jatuh dan sebagainya.

master juga memberitahu bahawa minda orang kita sebenarnya adalah lebih hebat daripada orang jepun.minda orang jepun bersifat teknikal.sebagai contoh apabila memberi barangan berharga 50 sen....bila dibayar seringgit bakinya adalah 50 sen juga..dan dalam masa yang sama master mahu membeli gula-gula yang berharga 20 sen maka bakinya adalah 30 sen.tetapi di jepun suasananya berbeza yang mana master kena membayar untuk 50 sen itu sahaja dan tidak boleh campur barangan lain lagi.

banyak lagi cerita yang akan di kongsi oleh master.insyaALLAH kalau ada kelapangan saya akan kongsi di dalam blog saya ini.ucapan terima kasih juga kepada prof madya dr abd jalil othman kerana sudi membaca nukilan saya di blog ini yang tidak seberapa.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse