Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 16 September 2009

manusia.....

Manusia yang hidup di atas muka bumi ini akan sentiasa diberikan ujian dan cabaran.Manusia juga sentiasa akan melakukan kesilapan dan kesalahan.semua manusia mahukan kehidupan mereka sentiasa dihiasi dan disinari dengan sinar kebahagiaan.

manusia mempunyai hati dan perasaan.manusia adalah makhluk unik yang telah diciptakan oleh ALLAH bukan sahaja berasal daripada tanah malahan kita yang lahir di atas muka bumi ini adalah hasil daripada pancutan air mani ke dalam rahim ibu kita yang mana sperma itu bersaing dengan berjuta-juta sperma yang lain untuk memasuki ovum ibu kita.sperma yang terpilih dan telah samapai ke dalam ovum ibu kita adalah diri kita yang telah terpilih.

Manusia juga telah diberikan kepercayaan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.manusia mempunyai kelebihan akal dan pemikiran yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain.manusia itu akan berbeza dari segi didikan dan asuhan yang telah diterimanya.

aku adalah manusia juga....
kadang-kadang aku keliru dengan gelaran aku sebagai manusia,
kerana aku rasa tidak layak untuk menjadi manusia jika menjadi perosak kepada bumi ini.
aku adalah manusia yang dilahirkan sempurna..
tetapi aku rasa diriku ini tidak sempurna jika aku terus melakukan dosa kepada penciptaku...
aku adalah manusia yang dikurniakan pancaindera yang jelas.
tidak berupaya kiranya hanya mampu melihat kebinasaan belaku di depan mata sahaja....
aku adalah manusia yang dikurniakan pendengaran yang jelas...
tidak mampu rasanya mahu menutup pendengaran ini daripada umpatan dan fitnah....
aku adalah manusia yang dikurniakan mulut yang bisa berkata-kata...
tetapi aku tidak bisa berucap sepatah pun melawan kezaliman......
aku adalah manusia biasa....
tidak lahir untuk menjadi yang luar biasa.....
tetapi kelahiran ku sudah semestinya merupakan satu amanah....
apa yang biasa aku lakukan untuk kelahiran ku di dunia ini....
adakah aku hanya mahu mensia-sia kan kelahiran ku ini....

manusia sering kali menimbulkan persoalan di dalam kehidupanya walaupun mengetahui jawapanya.manusia dibezakan diantara yang kuat dan lemah.diantara yang cerdik dan pandai,diantara yang sabar dan pemarah malahan pelbagai lagi sikap dan sifat yang boleh membezakan manusia.

manusia ini mudah leka dan lalai dalam kehidupan duniawi yang dinikmatinya sehingga lupa kan tanggungjawab besarnya berada diatas muka bumi ini.hawa nafsu di dalam diri manusia akan menjadi tuan kepada manusia jika diri manusia tidak dibekalkan dengan semagat dan roh islamiah yang tinggi..

ramai manusia akan hancur dan binasa dengan sikap dan sifatnya yang tersendiri......cuma belum terlewat untuk berubah....belum terlewat untuk kita memperbaiki keadaan......

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse