Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 3 Oktober 2009

master bersama pelajar

Selepas pulang daripada jepun selama 9 bulan master kolej kediaman Ungku Aziz Prof Madya Dr Abdul Jalil othman sentiasa meluangkan masa untuk bersama-sama dengan pelajar-pelajar kolej kediaman.

perjumpaan bersama barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ dan barisan Penyelia serta koordinator pada 2 HB oktober 2009 merupakan perkara pertama yang dilakukan oleh beliau walaupun sebelum ini mengadakan perjumpaan tidak rasmi bersama penyelia dan barisan JTK kolej sebelum ini.

perkara utama yang ingin diketahui master adalah masalah dan rintihan daripada para pelajar kolej kediaman ungku aziz melalui pertanyaannya kepada barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ.pelbagai isu telah dibangkitkan oleh barisan JTK DAN JIK KOLEJ KEDIAMAN untuk dimaklumkan dan mendapatkan perhatian daripada master

Antara isu yang timbul ialah mengenai harga makanan di cafe kolej yang tidak tetap,masalah rokok dikalangan pelajar kolej,masalah pelajar senior terutama tahun 3 dan 4 yang tidak turun aktiviti kolej serta hal-hal kebajikan pelajar turut mendapat perhatian.Pertemuan ini juga turut berkisar mengenai rumah terbuka hari raya kolej kediaman ungku aziz yang akan diadakan pada 7 oktober ini.

selepas pertemuan itu master telah meluangkan masa untuk bersama dengan para pelajar.rombongan master bersama barisan penyelia serta JTK DAN JIK telah meninjau persiapan ahli jawatankuasa (BLOOD DONATION `09) yang akan dijalankan pada keesokkan harinya 3 oktober 2009.master telah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama ahli jawatankuasa program dan bergambar bersama-sama.

selepas itu rombongan master meninjau pula pasukan dikir barat KUAZ yang sedang menjalankan latihan.masalah peralatan dikir barat telah mendapat perhatian daripada master.
Dalam masa yang sama Master telah meninjau sendiri di cafe kolej Kediaman untuk mengetahui sendiri harga makanan yang dijual.

seterusnya master ke bilik gerakan indera loka iaitu bilik gerakan utama para pelajar kolej untuk menjalankan aktiviti.kebetulan adalah mesyuarat ahli jawatankuasa program YOGURT iaitu kem solat para pelajar sekolah rendah yang akan dijalankan pada 10 0ktober nanti.master mengambil peluang itu untuk beramah mesra bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program.master juga turut meluangkan masa meninjau di kawasan kolej kediaman.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse