Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 12 Jun 2011

NELAYAN MOGOK SUBISIDI DIESEL DITARIK KEMBALI:KERAJAAN HARUS SEGERA SELESAIKAN




KERAJAAN PERLU PANDANG SERIUS PERKARA INI.....

SEKARANG NELAYAN MOGOK SEBAB KERAJAAN TARIK BALIK SUBSIDI DIESEL KEPADA MEREKA....


JANGAN NANTI RAKYAT PULA YANG MOGOK KERANA HARGA IKAN TERLALU TINGGI DI PASARAN....

SEKIRANNYA MASALAH INI BERLANJUTAN,SUDAH TENTU AKAN MENJEJASKAN SEKTOR PERIKANAN DI NEGARA INI...HARGA IKAN AKAN MELAMBUNG TINGGI SEKALIGUS MENAMBAH BEBAN RAKYAT...

PERBINCANGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN PIHAK TERBABIT ADALAH PERLU DISEGERAKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH YANG LEBIH BURUK AKAN TIMBUL...

DIHARAP..KERAJAAN YANG MELAUNGKAN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN DAPAT MENGATASI MASALAH NELAYAN INI...



berikut adalah berita mengenai perkara ini :-

Kuala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo



Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan

Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse