Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 20 Jun 2011

KAUM SYIAH PERCAYA IMAM MAHDI BILA DIBANGKITKAN AKAN MEMBUNUH SETIAP AHLI SUNNAH



salam kepada semua...

 Terjemahan

Syi’ah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah

Daripada Salam bin al-Mustanir katanya, saya mendengar Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. meriwayatkan apabila al-Qaim (al-Mahdi) bangkit, dia akan mengemukakan keimanan[1] kepada setiap Nasibi. Jikalau dia (Nasibi[2]) benar-benar menerimanya (maka ia akan selamat) dan jika tidak al-Qaim akan memenggal lehernya atau dia memberikan jizyah[3] sebagaimana ahli zimmi memberikan jizyah (kepada kerajaan Islam) pada hari ini. Dia (al-Mahdi) akan mengikat di tengahnya (pinggang) talipinggang[4] dan akan mengeluarkan mereka dari bandar-bandar ke perkampungan-perkampungan.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 227)

Kesimpulan:
  • Syi’ah mempercayai bahawa imam Mahdi mereka bila dibangkitkan akan membunuh Ahl as-Sunnah jika enggan menerima ajaran Syi’ah.
  • Syi’ah beri’tiqad bahawa Ahl as-Sunnah adalah kafir dan bukan dari kalangan penganut agama Islam. Kerana itu Ahl as-Sunnah mesti membayar jizyah kepada pemerintah Syi’ah sebagai tanda mereka adalah kafir yang bersedia untuk menerima sistem pemerintahan Syi’ah.
  • Syi’ah mengatakan bila al-Mahdi muncul atau kekuasaan berada di tangan Syi’ah maka Ahl as-Sunnah akan dipinggirkan ke hujung-hujung negeri dan akan disisihkan mereka dari sebarang kemajuan.
===============================================

[1] Mengikut fahaman Syi’ah.

[2] Nasibi adalah gelaran yang diberikan oleh Syi’ah kepada Ahl as-Sunnah kerana nasibi bermaksud orang yang tidak menerima imamah Ahl al-Bait sebagaimana pegangan golongan Syi’ah.

[3] Ali Akbar al-Ghifari di dalam ta’liqnya kepada al-Kafi mengatakan boleh jadi penerimaan jizyah ini berlaku pada permulaan kebangkitan al-Mahdi kerana berdasarkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan tidak diterima daripada Nasibi atau Ahl as-Sunnah kecuali diberi pilihan sama ada beriman sebagaimana Syi’ah atau dibunuh.

[4] Sebagai tanda ahli zimmah dan bukan seorang Syi’ah.

SUMBER ASAL : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3494
 

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse