Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 12 Jun 2011

CIKGU SHIDA BAKAL BERGELAR ARTIS..?



salam kepada semua..


ANDA SEMUA PASTI INGAT LAGI DENGAN CIKGU SHIDA YANG PERNAH MENIMBULKAN KONTROVERSI DALAM LAMAN YOUTUBE DENGAN PELBAGAI AKSI MIMING YANG DIBUAT OLEHNYA BAGI MENGHILANGKAN TEKANAN...
BENARLAH KATA PEPATAH..TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI..TUAH MANUSIA DI MANA-MANA...KINI CIKGU SHIDA BAKAL BERGELAR SEORANG PELAKON...KERANA AKSI BELIAU DI LAMAN YOUTUBE TELAH MENARIK MINAT SEORANG PRODUKSI...


ADAKAH LAKONAN CIKGU SYIDA INI BAKAL MENCATAT SATU LAGI SEJARAH DAN MEMECAHKAN REKOD DALAM DUNIA HIBURAN TANAH AIR...SAMA-SAMA KITA NANTIKAN....

Berikut adalah berita mengenai perkara ini :-


PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.

Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.

“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse