Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 19 Jun 2011

KL GANGSTER MEMANG MANTAP!



salam kepada semua..


Pada hari ini penulis Smart Generation berkesempatan untuk menonton filem KL Gangster arahan seorang anak muda Syamsul Yusof yang kini menjadi antara Filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini..Filem yang dikeluarkan oleh Skop Production ini di lihat menjadi antara Filem yang menjadi tumpuan ramai kerana kontroversi yang dikaitkan dengan Filem ini iaitu PEKIDA...Sememangnya Filem KL Gangster ini penuh dengan aksi dan lakonan yang mantap..Filem ini sedikit sebanyak menunjukkan kemampuan Pengarah Filem di Malaysia untuk menonjolkan filem yang setaraf dengan Filem-filem luar negara...Bagi sesiapa yang belum menonton filem ini..percayalah bahawa ini adalah Filem yang terbaik..

 Berikut adalah berita disebalik kontroversi yang melanda filem ini :-


Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.

Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.

Tiada undang-undang

Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.
Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.
Cinta cengeng

KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.-mskini


Trailer Filem ini :-













2 ulasan:

nuhara berkata...

terbaik :)

ima berkata...

tak berkesempatan nk tgk lagi. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut