Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 24 November 2009

sekitar gambar di langkawi.....



percutian ke pulau langkawi



salam kepada semua....

1.Penulis telah pergi bercuti ke pulau langkawi pada 20-23 november yang lalu.percutian ini diatas tiket sumbangan dan penghargaan kepada para pembantu mahasiswa kolej kediaman ungku aziz ketika minggu haluansiswa yang lalu.pertama sekali jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada master kolej kediaman ungku aziz Prof Madya Dr Abd Jalil diatas penghargaan yang telah diberikan kepada barisan kempimpinan kolej ungku aziz.

2.perjalanan ke pulau langkawi mengambil masa lebih kurang satu jam daripada jeti kuala perlis.pemergian ke pulau langkawi ini adalah kali pertama bagi penulis.pengalaman menaiki feri juga merupakan yang pertama.percutian ke pulau langkawi ini membawa pengertian yang sangat besar kepada penulis.bukan sahaja dapat merehatkan pemikiran dan bercuti malahan dapat menikmati keindahan alam semulajadi di pulau ini yang merupakan diantara yang tercantik di dunia.

3.Pulau langkawi ini cukup terkenal dengan kisah lagenda mahsuri yang telah dihukum bunuh diatas fitnah yang telah dilemparkan kepada dirinya.sumpahan selama 7 keturunan menjadi padang jarak padang terkukur kini telah berakhir.Langkawi telah kembali maju dan terkenal bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia.

4.Pembangunan di pulau langkawi ini merupakan idea dan inspirasi bekas perdana menteri kita yang kelima iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.pulau ini telah dibangunkan sekitar tahun 2000 dan kini telah menjadi pulau yang menjadi tumpuan pelancongan di dunia.CABLE CAR yang terkenal di langkawi ini merupakan idea dan inspirasi daripada TUN yang mana ketika menaiki helikopter mengelilingi pulau langkawi beliau berpendapat.keindahan pulau ini hanya akan di rasai oleh orang yang berkemampuan dan kaya sahaja dengan menaiki helikopter kenapa tidak semua orang dapat melihat keindahan keseluruhan pulau langkawi.daripada inspirasi inilah tercipta idea untuk membina cable car di gunung mat cincang di langkawi ini yang mana sekarang hampir keseluruhan pulau langkawi dapat dinikmati oleh semua orang dengan menaiki cable car ini.

5.langkawi juga terkenal sebagai zon bebas cukai yang mana dikecualikan daripada cukai kerajaan.barangan yang paling murah dilangkawi ada 4 iaitu rokok,coklat,arak,dan juga peralatan dapur.sememangnya pengunjung-pengunjung yang datang ke sini akan membeli barang-barang ini kerana lebih murah daripada harga yang biasa.

6.pada malam hari kami dijamukan dengan pelbagai juadah dan makanan yang istimewa.sotong bakar,udang bakar,barbeque ayam dan daging sup tulang dan pelbagai lagi menjadikan percutian ini sangat indah dan gembira sekali.kami ditempatkan di apartmen sri lagenda garden resort langkawi.kami juga melawat tempat-tempat bersejarah dilangkawi seperti padang matsirat di mana tempat beras terbakar,makam mahsuri dan kawasan minyak gamat.di langkawi minyak gamat dapat dibeli dengan harga yang sangat murah.

7.kami membeli belah dikawasan pekan kuah dan juga idaman suri yang mana tempat ini memang terkenal untuk membeli belah.coklat yang pelbagai dengan harga yang cukup murah.pelbagai tempat yang menarik terdapat di langkawi.pulau yang dahulunya sunyi dan sepi kini telah kembali berseri dan terkenal.pulau ini memberikan kepada diri penulis sejuta harapan dan pertanyaan bagaimana untuk melakar sesuatu kejayaan dan sebuah cita-cita dan impian.jika terus berusaha dan yakin dengan kemampuan diri segala yang sudah musnah akan dapat di perbaiki kembali untuk masa hadapan.

Isnin, 16 November 2009

TUN MAHATHIR``ASIA AND THE 21 CENTURY``



 salam kepada semua pembaca blog ini...

1.Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi penulis kerana kali pertama bertemu dengan idola penulis iaitu Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ASIA EUROPE EMINENT PERSONS LECTURE SERIES anjuran UNIVERSITI MALAYA di NIKKO HOTEL KUALA LUMPUR.

2.Turut melimpah duli turun ke majlis ini ialah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah untuk mendengar syarahan daripada TUN Mahathir mengenai ``ASIA AND THE 21` CENTURY``.Moderator pada hari ini ialah Y.Bhg Tan Sri Razali Ismail..

3.Menurut pandangan Tun Mahathir negara-negara Asia kini telah mula menunjukkan peningkatan yang positif dan cepat dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini untuk setanding dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

4.Produktiviti merupakan teras utama kejayaan sesebuah negara asia itu termasuk malaysia.produktiviti merupakan rahsia dan resipi terpenting untuk sesebuah negara terus meningkat maju dan menjadi antara negara yang di segani dunia.

5.bilangan penduduk di negara asia yang ramai  juga menyumbang kepada kadar produktiviti ini.Tun Mahathir nampakanya mempunyai pemikiran berbeza dengan negara-negara yang ingin mengawal kadar populasi dengan menghadkan kadar kelahiran.menurut TUN...bilangan menjadi ukuran kepada kejayaan negara asia...kerana dengan mempunyai bilangan yang besar inilah persaingan dari segi produktiviti akan terhasil.

6.selain itu,negara-negara asia kini termasuk malaysia telah berjaya menjadi negara yang mampu melahirkan tenaga kerja yang berproduktiviti tinggi.walaupun sistem pekerjaan negara kita banyak mencontohi negara jepun..tetapi menurut TUN sendiri..sejak beberapa tahun kebelakangan ini Negara jepun sentiasa menjemputnya untuk memberikan Kuliah mengenai Produktiviti kepada anak-anak muda mereka.Perkara ini membuktikan walaupun pada asalnya kita meniru sistem dan gaya bekerja dari jepun..tetapi negara kita telah berjaya mempraktikkan sistem itu malah meningkatkannya kepada yang lebih baik...malahan lebih baik daripada syarikat britain.

7.Dalam persaingan negara di asia.China merupakan diantara negara di asia ini yang pesat membangun dalam pertumbuhan ekonominya berbanding negara india yang di lihat agak lambat dan jauh ketinggalan dari segi kepesatan ekonominya walaupun majoriti penduduknya ramai..

8.Tidak mustahil bagi asia untuk menjadi sebuah kuasa besar suatu nanti.banyak lagi perkara dan pandangan yang telah di jelaskan oleh TUN MAHATHIR di dalam syarahanya ini.penulis merasa sungguh kagum dan bangga dengan ketokohan kempimpinan TUN MAHATHIR.

gambar kenangan di hotel nikko semperna ASIA EUROPE EMINENT PERSONS LECTURE SERIES oleh TUN DR MAHATHIR


Khamis, 12 November 2009

cintaku kepadamu....



 setiap insan di dunia sudah tentulah mendambakan sebuah cinta....
setiap insan di dunia sudah tentulah mahukan belaian kasih sayang...
setiap insan di dunia ini sudah tentulah memerlukan semua ini di dalam kehidupan...
cinta dan sayang ini merupakan suatu kekuatan.......
cinta dan sayang inilah adalah suatu anugerah.....


rasa cinta tidak akan wujud semborongan sahaja...
tetapi rasa cinta ini wujud dan lahir daripada hati yang ikhlas....
cinta ini merupakan suatu kurniaan paling bernilai dari sang pencipta....
cinta ini merupakan suatu ujian dan dan juga cabaran daripadanya....


bukan mudah untuk memiliki cinta yang sejati....
dan bukan mudah jua untuk mengimpikan cinta yang tertinggi...
kerana cinta bukan suatu paksaan dan juga gurauan....
kerana cinta itu suci...bersih dari segala kotoran .....


aku mendambakan cinta kepada manusia.....
tetapi aku kadang-kadang lupa cinta kepada ilahi...
aku lupa cinta ku kepada sang nabi.....
aku lupa cintaku kepada yang lebih tinggi.....


bukan senang untuk menerima cinta dan mengatakan cinta....
bukan senang untuk membuat pilihan di hati 
dan cinta bukan juga untuk dihargai.....
tetapi cinta memerlukan kepada pergorbanan diri....


cinta itu bisa merubah dunia....
cinta itu bisa merubah segalanya.....
kerana mahabah itulah.....insan di dunia ini....
hidup dalam kesatuan hati.....


begitu cinta dan kasihnya sang pencipta....
kepada hambanya di dunia.....
walau berjuta maksiat dan noda....
walau beribu kejahatan dan dosa....
tetapi sang pencipta masih memberikan ruang untuk hambanya...


cinta itu suatu perasaan hati....
cinta itu suatu tanggungjawab kepada ilahi....
jangan menilai cinta dengan kecantikan dan harta....
jangan menilai cinta hanya sekadar kasih sayang....
nilailah cinta itu sebagai keikhlasan yang sebenar....


cinta itu hebat dan sangat hebat....
bisa merubah hati yang keras menjadi lembut...
bisa merubah gelap menjadi terang....
bisa merubah duka menjadi ria....
bisa merubah sakit menjadi sihat....
bisa merubah syaitan menjadi malaikat.....


cinta kepada manusia sekadarnya sahaja...
itu petuanya.....
cinta kepada Allah dan rasul lebih dari segalanya...
itulah azimatnya.....


tetapi cinta itu bisa di salah erti dan tafsir....
cinta itu bisa menjadi maksiat yang meruntun diri...
cinta itu bisa menjadi nafsu yang membunuh diri....
cinta itu bisa menjadi pemusnah kepada keimanan di hati...


Ya Allah.....
berikanlah aku cinta kepadaku...
berikanlah cinta kepada orang yang mencintaimu....
berikanlah cinta yang membawaku ke syurga....
berikanlah cinta yang membuatkan aku mendambakan cintamu....


rintihan daripada ayat-ayat cinta...
memang indah di dengar dan diresapi di jiwa....
rintihan daripada ayat-ayat cinta....
memang mampu memberikan kekuatan dan semangat di jiwa....


cinta itu akan kotor....
kalau dikotori dengan tangan-tangan manusia durjana....
cinta itu akan jijik....
kalau dicemari dengan perbuatan dusta dan nista....


cinta itu suci....
jika diselitkan untaian tasbih meningati sang pencipta...
cinta itu suci...
untuk menjaga dan memelihara maruah diri....
cinta itu suci...
jika dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan....
cinta itu suci....
jika jalan kebaikan itu ditunjukki....


cintanya adam kepada hawa....
kekal untuk menjadi cinta yang suci....
menumbuhkan benih-benih untaian kasih sayang....

cintanya...rasul kepada khadijah....

membuktikan kekuatan dan keindahan cinta itu....
cintanya ali kepada fatimah.....
kekal bahagia untuk selamanya....


aku mungkin tidak mampu memiliki 
cinta yang sebegini besar dan agung....
tetapi aku mengharapkan cintaku kepada ilahi...
menjadi suatu cinta yang tidak akan pernah terpisah....
menjadi suatu cinta yang tertanam jauh kedalam sudut hati....
menjadi suatu cinta yang paling agung,.....


Ya AllaH.....
terimalah cintaku kepada mu....
terimalah segala amal dan kebajikanku untuk mu....
terimalah taubat dan penyesalanku.....
terimalah aku menjadi hambamu.....
untuk menjadi hamba......
yang meletakkan pengharapan dan impian...
hanya kepadamu.....





Ahad, 8 November 2009

kebun master




 salam kepada semua pembaca blog ini......

1.Pada hari semalam 7 november 2009 penulis telah berpeluang untuk pergi ke kebun master kolej kediaman ungku aziz Prof Madya Dr Abd Jalil othman di Felda Trolak,Perak.

2.Pengalaman yang sangat berharga dan seronok dapat melihat kawasan kebun yang sangat indah permandangannya serta dapat berkelah di kebun master.

3.Master menceritakan bahawa kebun ini di beli dengan harga Rm 100,000 .bayaran selama 5 tahun.kebun di sini adalah anugerah felda kepada semua ahli lembaga pengarah felda.tetapi master dapat membelinya dan merupakan satu-satunya orang luar yang berjaya membeli kebun ini.

4.Antara pokok buah yang terdapat di kebun master ialah rambutan,pulasan,durian,nangka madu,ciku madu dan bermacam lagi.ketika kami di sini hanya pulasan dan rambutan sahaja yang masak ranum.pokok durian master baru kali pertama berbuah dan sedang belajar untuk berbuah.

5.Pokok di sini tumbuh dengan subur dan di jaga serta diawasi dengan baik oleh pekerja yang telah diupah untuk menjaga kebun ini.kami telah mengutip buah pulasan dengan banyak sekali.buah pulasan master sangat besar dan manis rasanya.sambil kami mengutip buah ini kami makan.dalam 8 plastik besar kami dapat mengutip semua buah pulasan master ini.

6.Terima kasih juga diucapkan kepada pak cik zul yang telah menyediakan makanan untuk kami berkelah.masakan nasi lemaknya memang best.master juga smepat menunjukkan kehandalannya memasak maggie.

7.kami semua bersama-sama mengutip buah bersama master.antara yang tidak ketinggalan adalah cik Azhan Fellow kami yang juga turut ikut serta.malahan beliau sanggup memanjat pokok pulasan untuk mengambil buah-buah yang tinggi.abg aru,abg husin dan presiden fahmi adilah serta setiausaha sue turut menyumbang tenaga untuk mengutip buah pulasan.

8.penulis memang tidak akan lupakan pengalaman bersama master di sini.terima kasih kepada master kerana sudi membawa kami di sini dan memberikan buah-buah di kebunnya kepada kami untuk diagihkan kepada kawan-kawan kolej yang lain.terima kasih kepada master...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse