salam kepada semua pembaca blog asri.....
hari ini asri telah berpeluang untuk berjumpa dengan Ayahnda TNC HEP DAN ALUMNI UM Datuk Azarae Hj Idris..sedikit cerita dan pengkongsian yang ingin asri rungkai dan kupas daripada pertemuan yang singkat ini tetapi sangat bermakna.
perkara pertama yang diutarakan oleh ayahnda datuk mengenai isu penangkapan DR ASRI iaitu bekas mufti perlis yang mana telah ditangkap oleh JAIS ketika mengadakan ceramah di taman ukay yang lalu...asri memberikan respon bahawa penangkapan ini atas sebab tiada tauliah daripada JAIS...dan isu ini belaku berikutan rentetan satu memorendum kepada yang dipertuan agung oleh persatuan peguan syarie malaysia yang mana membuat pertuduhan bahawa dr asri ini telah membawa fahaman yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah...dan juga penangkapan ini mungkin juga ada kaitan dengan tawaran jawatan sebagai pengerusi YADIM oleh perdana menteri kepada DR ASRI serta pertemuan dengan ketua dewan ulama pas datuk harun taib untuk menjemput DR ASRI memasuki arena politik..tetapi ini semua yang menjadi pertanyaan dan persoalan diatas sebab dan musabab disebalik penangkapan sebenar oleh JAIS ini.
respon yang telah diberikan oleh ayahnda datuk...sedar atau tidak sedar kita melihat bahawa semua parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang bersatu hati menyokong dan menyuarakan bantahan di atas penangkapan DR ASRI itu..seolah-olah satu penyatuan bangsa melayu yang boleh diberikan kepada DR ASRI ini...
ayahnda datuk juga ada menyuarakan mengenai cadangannya untuk mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan jawatan ketua tafsir negara dan ketua hadis negara yang mana sebuah negara islam merupakan suatu keperluan untuk memiliki intitusi tertinggi ini.sedangkan jawatan ketua hakim negara,ketua audit negara dan bermacam lagi telah wujud.
apa yang paling menarik di dalam perbualan dan perbincangan ini apabila ayahnda datuk menyebut ayat yang berulang2 didalam al-quran yang mempunyai 7 ayat iaitu surah al-fatihah.didalam ayat ini kita memohon kepada ALLAH untuk menunjukkan jalan yang lurus...apa itu jalan yang lurus?jalan yang membawa kepada kebaikan atau jalan yang membawa kepada kerosakan..
apa yang ingin diutarakan oleh ayahnda datuk mengenai tanggungjawab besar kita sebagai orang islam.perjuagan yang perlu ada di dalam setiap orang islam.bangsa yang dibenci dan dikeji oleh ALLAH ialah kaum yahudi dan perkara ini secara terang-terangan di dalam Al-quran.zionis ini merupakan suatu gerakan yang sememangnya mahu menghancurkan orang islam.
pendapat ayahnda datuk mengenai perkara ini berdasarkan kepada kajian dan rumusan yang dibuat oleh ayahnda datuk berdasarkan kepada pembacaan beliau...islam adalah paling tinggi dan tidak ada yang tinggi selain islam..jika dipandang kepada aspek ini adalah lebih baik parti politik merupakan ideologi politik mereka dan memandang islam kepada perkara yang utama...pas bukan suatu agama dan umno juga bukan merupakan suatu agama..ketepikan segala ideologi pollitik untuk memperkuatkan islam.
ayahnda datuk sekarang ini sedang membaca buku yakjuz dan makjuz yang mana menurut ceritanya kaum ini juga merupakan daripada keturunan bani israil..bagi ayahnda beliau mengharapakan supaya para pelajar di kampus ini lebih mendalami mengenai perkara dan gerakan zionis ini untuk kita tentang bersama-sama...
bagi asri ini merupakan suatu keperluan untuk semua persatuan dan kesatuan pelajar di UM untuk bersatu...banyak lagi isu dan perkara yang perlu kita jalankan bersama-sama sebagai suatu perjuangan.jika kita sedar akan bertapa indahnya kesatuan ini kita akan bergerak dengan lebih kuat dan teguh...jangan kita memeningkan kepada dengan isu-isu politik yang sememangnya banyak memakan diri dan menghancurkan kesatuan kita...sedih melihat kawan-kawan seperjuangan bergaduh disebabkan perbezaan ideologi dan politik...segala yang berlaku merupakan suatu kententuan daripada ALLAH s.w.t.kemenangan dan kegagalan adalah daripada ALLAH s.w.t
pertemuan ini sangat bermakna kepada asri untuk terus berfikir dan menilai.jangan kita hanya pandai mengata dan mengutuk tanpa kita berada pada situasi oranng yang kita kutuk itu..tidak semestinya apabila kita berada ditempat itu kita langsung tidak akan melakukan kesilapan..untuk renungan bersama....
3.27 am(rabu)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan